Melayu DAP Seperti Lemukut Di Tepi Gantang

Mampukah akal kita ini menerima dan mempercayai parti DAP untuk menguruskan negara, menjaga institusi Beraja dan agama Islam jika ketika belum berkuasa lagi mereka sudah mempertikai dan menghina institusi Beraja dan tidak menghormati agama Islam.

Jika hari ini sebelum memegang tampok kuasa mereka sudah berani mengherdek orang Melayu akan agama mereka ia ini Islam, malah sahingga berani menghina Rasul Junjungan S.A.W, malah turut mempertikaikan peranan mufti dan pihak yang berperanan didalam mengendalikan hal ehwal agama Islam.

Kita harus sedar berdirinya Malaysia adalah berpaksikan kepada perlembagaan yang didalamnya dinyatakan peranan institusi Raja-Raja dan Islam adalah agama persekutuan yang dipersetujui oleh semua bangsa yang menetap didalam negara ini.

Tetapi setelah puak pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat tambahan kerusi dan puak mereka semakin ramai di Parlimen maka kurang ajarnya mereka kian menonjol dan berani bertempek tanpa memperdulikan lagi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Pernah suatu ketika seorang ahli dari DAP yang di angkat menjadi Senator telah menempelak institusi Raja-Raja kononnya telah memberi sokongan kepada individu atau parti yang diketahui telah menyalahgunakan kuasa-kuasa mereka.

Dengan ini akan membawa institusi Kesultanan ke dalam kehinaan dan secara realiti menyegerakan hari-hari bila Kesultanan akan diletakkan di muzium, seolah-olah memang ada rancangan untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja di negara ini seperti impian untuk mengrepablikkannya atau 'Malaysian Malaysia'

(“However when they (their Highnesses) become partisan in the political process and support individuals or parties known to have abused their powers theses rulers are bringing the institution of the monarchy into disrepute and in reality hastening the days when the monarchy will be consigned to the museum.”).

Sedangkan rakyat Malaysia semua memahamai bahawa institusi Beraja di negara ini tidak mencampuri urusan parti politik dan tidak akan melibatkan diri dalam politik tidak kira pembangkang mahu pun kerajaan, tetapi kenyatan Senator dari DAP ini seolah-olah Raja-Raja dan Sultan kini telah terlibat dengan politik kepartian.

(“If ever that should happen not even the Constitution can prevent the wrath of the rakyat from taking the inevitable step in abolishing an institution that has cost so much for the rakyat to maintain and has given little back to the rakyat in return.”)

Kenyataan Senator DAP ini seolah-oleh menghasud rakyat untuk bertindak mengatasi perlembagaan dan keluhuran undang-undang untuk menghapuskan sebuah institusi kesultanan yang kononnya telah menyusahkan rakyat dengan beban semata mahu menyenangkan kerabat diraja.

Beliau juga mendakwa bahawa kebanyakkan Raja-Raja Melayu adalah terdiri dari mereka yang mementingkan kepentingan diri mereka sendiri tanpa memperdulikan kepayahan rakyat, malah rakyat juga turut terbeban dengan kemewahan yang harus diberikan kepada Raja-Raja Melayu ini, tetapi tiada suatu pulangan kebaikkan pun untuk rakyat.

(“Most of them (the royalty) are self-seekers thinking of their own interests.”)
(“The royal houses are a serious financial burden to the country and what do they contribute to the wellbeing of the people?”).

Dengan kenyatan seperti ini oleh pemimpin Melayu dari parti pembangkang adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang selama ini hidup dengan aman damai, tanpa mencurigai diantara satu sama lain mahu mempercayainya.

Kenyataan pemimpin Melayu yang kini telah menjadi barua dan mengikut telunjuk DAP mampukah meyakinkan kita bahawa DAP akan menjaga institusi Beraja, orang Melayu dan agama Islam.

Melihat kepada tindak tanduk gerakkan pembangkang terutama DAP kita berkeyakinan bahawa kesemua cakap-cakap mereka tidak lebih kepada cakap-cakap politik yang mahu membeli jiwa agar mereka dapat menjadi kerajaan, sedangkan beberapa kerat pemimpin Melayu yang berada didalam parti DAP seperti di anak tirikan, masakan mereka boleh berlaku adil dengan keseluruhan rakyat Malaysia.

Malah orang yang sudah mati pun masih boleh menerima undi mereka dari diberikan kepada pemimpin Melayu yang seperti Lemukut di tepi gantang didalam parti DAP, pemimpin Melayu didalam parti DAP seperti ada tidak menambah.

Sedarlah kita jika mengalihkan kuasa yang sedia ada kepada pembangkang terutama DAP, maka ia memberi makna bahawa kita sudah bersedia untuk menghapuskan institusi Raja-Raja dan melenyapkan martabat agama Islam di negara ini dan memingirkan bangsa Melayu pribumi negara ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan