SPAD - Apa Khabar Orang Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjadikan impian kerajaan untuk menambah baik landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh, bukan saha pengangkutan awam seperti bas dan teksi malahan ianya melibatkan pengangkutan rel.

Suatu ketika dahulu kita agak kecoh dengan kehadiran pemandu Uber dan Grab yang dikatakan mendapat sambutan dari penguna kenderaan awam namun ianya mendapat tentangan dari pemandu teksi yang merasakan kehaditan pemandu Grab dan Uber telah menyekat hasil pendapatan mereka.

Kehadiran pemandu Uber dan Grabcar yang mengunakan kecangihan teknologi terkini adalah hasil dari tindakan pemandu teksi sendiri yang mencari pasal dengan pengguna, namun ianya telah dapat diselesaikan dengan baik diantara kedua pihak.

Walaupun SPAD menjadi mangsa tomahan mereka namun tindakan bijak kerajaan yang memutuskan perkhidmatan teksi e-hailing seperti GrabCar dan Uber adalah satu pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang dan dibenarkan beroperasi di seluruh negara telah membuka mata setiap pengusaha dan pemandu teksi.

Cadangan yang dibentangkan oleh SPAD pada tahun 2016 bagi penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi telah menerima maklum balas positif dari Perdana Menteri, Dato' Seri Najib yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi.

Bagi pemandu Uber dan Grabcar pula mereka sangat mengalu-alukan langkah kerajaan yang mengiktiraf perkhidmatan teksi secara e-hailing dan menjadi sebahagian daripada sistem peng­angkutan awam di Malaysia, malah kini terdapat sebahagian pemandu teksi telah turut memohon untuk menyertai perkhidmatan e-hailing.

Perkhidmatan 'e-hailing' kini semakin maju dengan sokongan kerajaan bagi menambah baik landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh, malah kerajaan juga turut menggalakkan pemandu teksi untuk menyertai perkhidmatan e-hailing dengan pemberian geran.

Melalui Bajet 2018 misalnya, geran sebanyak RM5,000 akan diberikan bagi membeli kereta kepada kesemua pemandu teksi berdaftar yang berhasrat untuk menyertai perkhidmatan 'e-hailing', ini sekaligus memberi peluang kepada pemandu Grab dan Uber khusunya bagi mencari pendapatan sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Selain isu e-hailing, bas henti-henti dan bas ekpress juga turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pendekatan yang seimbang dalam soal keselamatan dan keselesaan penumpang telah mengembalikan kegemilangan kedua perkhidmatan tersebut

Dimana orang awam kini telah mula memilih kenderaan awam seperti bas untk kedestinasi mereka tanpa memngunakan kenderaan sendiri dan ini sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan kesesakkan jalan raya dan mengurangkan risiko pencemaran udara.

Mana kala perkhidmatan rel pula telah menjadi fokur terbaharu kerajaan didalam merialisasikan Program Transformasi Pengangkutan Awam yang menyaksikan pembinaan pembangunan Aliran Transit Massa atau My Rapid Transit (MRT) dengan tujuan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan awam darat di negara ini.

Keujudan MRT yang akan bergerak dari satu stasyen ke stesyen yang lain dengan lebih cepat dapat mengurangkan kesesakan didalam bandar, yang mana teksi, Uber dan bas akan menjadi kenderaan perantaraan dari kawasan penginapan ke stesyen berhampiran.

Hubung kait diantara pelbagai jenis pengangkutan awam adalah perancangan kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam yang merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kehadiran sistem pengangkutan rel seperti MRT ini bukan mahu mengurangkan pengunaan kenderaan seperti teksi dan bas tetapi sebaliknya adalah mahu menyemarakkan orang awam untuk mengunakan kenderaan awam bagi menjalankan aktiviti harian mereka terutama untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Dengan ini akan meningkatkan lagi kitaran ekonomi penguna, pengendali dan penduduk persekitaran selain dapat mengurangkan kesesakan bandaraya Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain pada masa akan datang.

Bagi pemandu teksi yang telah menyertai perkhidmatan e-hailing diharapkan tidak membawa perangai buruk mereka seperti mana ketika menjadi pemandu teksi syarikat, kerana sistem e-hailing dapat mengawal dan memastikan setiap pemandu kenderaan memberi perkhidmatan yang baik.

Kehadiran pengangkutan rel telah membuka peluang kepada pemandu kereta teksi yang mengunakan perkhidmatan e-hailing untuk menjana penambahan ekonomi sepantas gerakkan kenderaan rel, apa yang penting adalah bekas pemandu teksi yang menyertai e-hailing harus mengubah sikap mereka.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan