MCA - Kembalikan 2/3 Majoriti Di Parlimen

Mereka akan melakukan apa sahaja termasuk memburukkan keadaan ekonomi dan kestabilan negara semata mahu dilihat sebagai juara membela rakyat malah sanggup menanam persepsi bahawa negara kini diambang kebankrapan serta bakal muflis.

Tetapi apa yang nyata ialah Malaysia bukanlah seperti mana yang di gembar gemburkan oleh puak pembangkang, malah indek prestasi kerajaan semakin baik dari sehari ke sehari melalui kepimpinan Dato' Seri Najib bersama kepimpinan Barisan Nasional.

Seperti mana yang di nyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal juga bukan sedang menuju kearah negara miskin dan muflis sebaliknya Malaysia kian maju dan semakin kehadapan.

Puak pembangkang hanya mencari kelemahan kerajaan untuk mereka serang sedangkan pada pihak mereka sendiri tidak pernah menunjukkan sebarang kejayaan untuk negara yang boleh dibanggakan walaupun ketika ini sedang memerintah 3 dari 14 negeri di Malaysia.

Pakatan pembangkang yang dketuai oleh DAP sahingga kini gagal menarik pelaburan dan menunjukkan prestasi pembaikkan ekonomi yang sepatutnya, tetapi masih lagi bergantung kepada hasil peninggalan kerajaan Barisan Nasional.

DAP yang menjadikan parti MCA sebagai 'punching' bag untuk meraih sokongan daripada rakyat khususnya kaum Cina kini telah mula hilang sokongan kerana masyarakat kaum Cina khusnya telah mula menyedari bahawa mereka telah di tipu dengan janji manis pembangkang.

Sebaliknya kerajaan Barisan Nasional telah lebih dilihat membantu rakyat pelbagai kaum dinegara ini seperti pemberian BR1M yang meliputi keseluruhan bangsa dinegara ini tanpa mengira apa fahaman politik mereka, begitu juga dengan bantuan ketika bencana seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Oleh kerana tidak dapat menandingi kerajaan Barisan Nasional dengan perkara-perkara baik maka pembangkang tiada jalan lain, melainkan mereka mencipta persepsi buruk kerajaan dan mula membuat fitnah terhadap kebaikkan kerajan, seperti menuduh bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah.

Benar seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Kiow, pembangkang telah cuba menafikan dan menipulasi bahawa keadaan ekonomi negara kian merudum dan sedang menuju ke hancuran, sedangkan hakikat sebenarnya ekonomi negara kian meningkat dan berada dilandasan yang benar.

Rakyat khususnya yang telah memberi sokongan kepada pembangkang perlu sedar bahawa untuk menilai kedudukan ekonomi negara mereka perlu mendapat dan mencari kebenaran melalui fakta dari indek ekonomi dan kebenaran melalui laporan statistik dari pelbagai pihak, bukan sekadar mendengar ceramah pembangkang sahaja.

MCA yang telah menjadi mangsa penipuan dan permainan persepsi dari DAP pada pilihan raya umum yang lalu maka, rakyat yang pernah termakan dengan dakyah DAP dan mula merasai akan segala pembohongan perlulah kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Seperti yang didakwa oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow, bahawa DAP telah menjadikan MCA musuhnya dan memilih kaedah memfitnah untuk mendapat kemenangan pada dua pilihanraya yang lalu, tetapi kini rakyat telah sedar akan kesilapan mereka dan mula menunjukkan sokongan kepada MCA.

Kembalinya mereka untuk memberi sokongan kepada MCA dan Barisan Nasional adalah hasil usaha keseluruhan jentera dan kepimpinan MCA yang bertungkus lumus bekerja keras untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan masyarakat Cina kepada parti MCA, yang kini telah menunjukkan hasil.

Apa yang dilakukan oleh jentera dan kepimpinan MCA ialah dengan memberi berita kebenaran dan menangkis segala tomahan pembangkang dengan jelas dan mendedahkan sikap sebenar puak pembangkang DAP yang menipu masyarakat semata mahu mendapatkan undi sahaja.

Kita dapat melihat kini kebaikkan yang di tunjukkan oleh parti MCA terhadap masyarakat Cina seperti penambahan sekolah Jenis Kebangsaan dan bantuan kepada penduduk Kampong Baru Cina yang didatangkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kerja keras MCA hari ini adalah bagi tujuan untuk mengelakkan situasi berulangnya penolakkan masyarakat Cina terhadap parti MCA yang menjadi wakil kepada masyarakat Cina di negara ini dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Diharapkan menjelang kedatangan pilihan raya umum ke 14 nanti keseluruhan rakyat khususnya masyarakat Cina akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional dan kekal sebagai kerajaan yang akan terus menerus membantu rakyat tanpa memperdulikan fahaman politik mereka.

Semoga Pilihan Raya Umum ke 14 nanti Barisan Nasional akan meraih kemenangan besar dan menguasai 2/3 Parlimen.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan