Santhara Calon Makhluk Asing Baru Di Segamat

Selepas Hassan Karim mempertikai pembinaan hospital baharu di Pasir Gudang.

Kini muncul pula seorang individu asing yang tidak tahu asal usulnya, mengeluarkan kenyataan kerajaan telah mengabaikan Hospital Segamat.

Siapakah individu tersebut?

Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Santhara, Penyelaras PKR Segamat.

Beliau kini sedang giat melobi untuk menjadi calon Parlimen Segamat pada PRU14 yang akan datang.

Lawanya sudah tentu Datuk Seri Dr Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat yang juga Menteri Kesihatan Malaysia.

Tetapi ada sesuatu yang rakyat Johor khususnya penduduk di Segamat perlu beri perhatian terhadap individu ini.

Santhara ialah orang Selangor. Yang kalah di PRU di Selangor dan kini bakal menjadi calon makhluk asing di negeri Johor.

Adakah Johor ini negeri pusat kitar semula bagi calon sampah yang mahu meneruskan survival politik?

Pemimpin luar yang bertanding di Johor, mereka ini tidak mempunyai rasa kepunyaan kepada Johor. Budaya, masyarakat dan apa segala yang menjadi tradisi rakyat Johor langsung mereka tidak tahu.

Yang mereka tahu hanyalah berlakon sebelum mendapat kuasa. Zuhud menyembah kaki rakyat semata-mata mahu mendapatkan undi. Sebaik sahaja menang kelak, nescaya GHAIB terus daripada memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Situasi yang sama berlaku seperti di Kluang, Kulai dan beberapa kawasan yang lain.

Sebagai contoh, ketika Santhara bercakap soal kemudahan hospital di Segamat, adakah beliau tidak tahu? Bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90.5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kerja-kerja meningkatkan kemudahan dan keselesaan di Hospital Segamat.

Selain itu, beliau juga perlu ambil tahu bahawa projek naik taraf yang dilakukan oleh kerajaan ini merupakan projek berimpak tinggi dan sebagai salah satu usaha dalam memenuhi keperluan penduduk di daerah ini, sekali gus menawarkan kemudahan kesihatan yang maksimum.

Ia termasuk menaik taraf dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Semua ini dilakukan bagi memberikan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat khususnya di Segamat.

Jadi di mana fakta mengatakan bahawa Hospital Segamat diabaikan oleh kerajaan?

Kami memberi amaran khusus kepada semua parti politik, agar jangan sesekali berani menjadikan Johor sebagai negeri 'recyle' dan membawa calon mahluk asing bertanding di Johor.

Amanah dan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat di Johor jauh lagi penting daripada matlamat mahu menyelamatkan karier politik mana-mana individu.

Kepada PKR Johor, jika Santhara kekal menjadi calon makhluk asing di Segamat. Kami akan tanam. Itu janji kami.

Oleh - Rafiq Naim
Aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor

Post Metro Online

Artikel Berkaitan