SPAD - Plan Rancangan Pengangkutan Awam Menyama Taraf Dengan Dunia Maju

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membawa satu kecanggihan kepada sistem pengangkutan awam darat yang menjadi impian kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu memenuhi keperluan awam secara eklusif.

Namun pihak pembangkang tidak begitu senang dengan setiap kejayaan yang dilakukan oleh SPAD termasuk pembelaan yang tidak kena pada tempatnya untuk pemandu teksi yang bertindak seperti lintah darat, membela perlakuan pemandu yang cuai ketika dijalan raya sahingga kepada isu pembinaan MRT dan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).

Mereka seolah tidak mahu melihat sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkualiti yang mana akan menjadi lambang atau mercu tanda sebagai sebuah negara maju, kerana pengangkutan awam yang mantap akan menyokong pertumbuhan sosio ekonomi dan meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat sesebuah negara.

Suatu ketika dahulu pihak pembangkang sering mengambil peluang dan kesempatan akan kekalutan yang ditimbulkan oleh segelintir pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan e-hailing yang dimonopoli oleh Uber dan Grabcar. tetapi tidak sedar bahawa merekalah puncanya perkhidmatan ini berkembang.

Ianya bermula apabila penguna sudah mula bosan dengan tindakan-tindakan pemandu teksi yang tidak memberi perkhidmatan yang baik serta bertindak seperti lintah darat apabila menindas pengguna perkhidmatan teksi, seperti mengenakan caj yang tidak masuk akal serta melakukan beberapa jenayah seperti peras ugut.

Namun demi masa depan sistem pengangkutan awam yang perlu dipertingkatkan, kerajaan telah meluluskan belanjawan untuk pemandu teksi bagi memiliki kenderaan baharu dan dapat menyertai perkhidmatan e-hailing serta bersaing secara sihat dengan pengusaha Uber dan Grabcar.

Kini pihak pembangkang mengalih pula perhatian mereka kepada pembinaan MRT dan ECRL dan sering mmenjadi mangsa serangan fitnah pembangkang yang tidak senang dengan kejayaan kerajaan Barisan Nasional yang dilihat telah berjaya mentransformasikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

Pihak pembangkang sering mengecam pembinaan landasan baik MRT mahu pun pembangunan projek ECRL yang dikatakan terlalu mahal dan membazir serta dikuasai oleh pelabur dari negara China, melibatkan pembinaan 688km landasan letrik dengan kos RM55 bilion tidaklah semahal projek Lebuhraya Pan-Island Link (PIL) yang diusahakan oleh pembangkang di Pulau Pinang yang menelan belanja RM7.5 billion bagi pembinaan sejauh 19.5km sahaja.

Pembinaan projek ECRL bukan sahaja akan memudahkan perjalanan malahan ianya turut memberi kesan kepada limpahan ekonomi dan memberi kesan kepada kesan sosial yang positif begi penduduk di negeri-negeri Pantai Timur malah ia akan menjadi pemangkin bagi kesaksamaan ekonomi antara pantai barat dan pantai timur kerana akan turut merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan yang mencukupi, memudahkan pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga sedang membangungkan program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) bagi pembangunan sekitar Kuala Terengganu di negeri Terengganu, Johor bahru bagi negeri Johor yang akan mula beroperasi pada suku kedua tahun hadapan.

Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan projek MyBas yang sudah dilaksanakan di Kangar, Perlis, Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak sejak 2015, yang mana ianya bakal memberi memanfaatkan kepada pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di kedua negeri itu.

Projek MyBas adalah diantara inisiatif kerajaan bagi mengurangkan pengunaan persendirian dan bakal menjadi tunjang perkhidmatan awam negara menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak yang melibatkan kemudahan dan kualiti perkhidmatan.

Jelaslah disini serangan pembangkang terhadap usaha keras pihak SPAD untuk memajukan sistem pengangkutan awam tidak sedikitpun melunturkan plan rancangan yang telah disusun bagi menyemarakkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat yang bertaraf dunia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan