MCA -Masyarakat Cina Tidak Harus Beri Peluang Kepada Pembangkang Lagi

Setelah merasai dan mengalami sendiri bagaimana negeri dan daerah yang gagal di uruskan oleh puak pembangkang maka sudah tiba masanya mereka yang telah tersalah memilih pemimpin pada pilihan raya umum yang lalu untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang tidak pernah gagal mentadbir negara dan rakyat Malaysia selama merdeka.

Banyak kawasan Parlimen dan Dun yang dahulunya milik Barisan Nasional tetapi telah berjaya diambil oleh pembangkang kini penduduknya terabai, mereka tidak menunaikan janji untuk membela rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang perlu memberi bantuan kepada parti mereka dengan kutipan derma.

Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina di negara ini yang terpedaya dengan janji manis pembangkang yang diketuai oleh DAP seharusnya sudah mula sedar akan licik penipuan puak pembangkang, maka mereka perlu mengembalikan semula mandat dan keyakinan kepada parti MCA yang ternyata telah banyak membantu kaum tersebut.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa masyarakat Cina negara ini seharusnya berada bersama didalam arus perdana pembangunan negara dan jangan tertinggal kebelakang, masyarakat Cina negara ini seharusnya tidak mudah diperlekeh oleh putar belit pembangkang yang diketuai oleh DAP yang sering memainkan isu perkauman.

Masyarakat Cina negara ini seharusnya kembali memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dan peluang mengundi pada pilihanraya umum ke 14 nanti adalah satu jalan pulang dimana pengundi boleh mengembalikan kesejahteraan kehidupan harmoni dan kembali berjaya bersama keseluruhan rakyat negara ini.

Untuk lima tahun yang akan datang keseluruhan masyarakat Cina boleh melupakan kekecewaan mereka ketika bersama parti pembangkang yang tidak pernah mengambil peduli akan kesengsaraan mereka sebagai pengundi berbanding dengan apa yang telah di lakukan oleh parti MCA.

Pelbagai gerak kerja telah dilakukan oleh kepimpinan parti MCA, mendekati rakyat serta mengusahakan sesuatu untuk kebaikkan kaum Cina dan masyarakat setempat yang telah di abaikan oleh pembangkang, seperti yang berlaku di Bentong baru-baru ini didalam Festival Kebudayaan Durian Antarabangsa.

Sambutan yang diberikan kepada festival berkenaan telah membuktikan bahawa rakyat khususnya masyarakat Cina telah mula menghampiri kepimpinan Barisan Nasional terutama MCA dan dapat melihat dengan jelas akan pembangunan yang dibawakan oleh kepimpinan Barisan Nasional dan MCA.

Datuk Seri Liow telah menasihatkan masyarakat Cina dan rakyat setempat bahawa mereka tidak seharusnya terpinggir tetapi perlu bersama mengambil kesempatan dari eko-pelancungan yang mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang memberi kebaikkan kepada rakyat dan juga negara.

Selaku Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow turut mengajak kaum Cina agar tidak ketinggalan dan terkebelakang untuk bersama dibarisan hadapan ketika negara mencapai taraf sebagai sebuah negara maju kelak, rakyat perlu menolak parti perkauman seperti DAP dan jangan mudah diperlekeh dan diputar belit oleh pembangkang.

Datuk Seri Liow juga mengingatkan masyarakat Cina seharusnya merebut peluang ketika negara berada dalam fasa transformasi yang cukup pesat.

Beliau juga mengingatkan bahawa betapa masyarakat Cina seharusnya belajar dari kesan penipuan parti pembangkang yang telah mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka, parti pembangkang adalah sebuah parti yang sangat negatif, memecah belah keharmonian juga suka menanam benih kebencian sesama rakyat.

Maka pada pilihan raya umum ke 14 nanti beliau berharap agar masyarakat Cina negara ini menolak jauh dan sentiasa berhati-hati dengan setiap tipu daya puak pembangkang, agar masyarakat Cina dapat hidup dengan harmoni didalam negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini.

Apa yang nyata berikan keyakinan kepada parti MCA yang sangat positif, membina dan banyak menyumbang kepada kehidupan kaum Cina di dalam negara ini.

Malah parti MCA telah banyak mencapai banyak kejayaan didalam matlamat menyatu padukan masyarakat selain banyak menyumbangkan kepada kehidupan bermasyarakat bersama pelbagai kaum di negara ini khususnya masyarakat Cina.

Masyarakat Cina seharusnya membuka mata dan tidak memberi ruang lagi kepada pembangkang, mereka seharusnya sedar peranan yang telah dimainkan oleh parti MCA selama ini demi rakyat khususnya kaum Cina dan negara.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan