Kembalikan Maruah UMNO Dimata Rakyat

Semakin menghampiri Pilihan Raya Umum Ke 14, semakin mejadi-jadi serangan puak pembangkang terhadap parti Barisan Nasional khususnya UMNO yang hari ini sudah mahu memulakan perhimpunan tahunan mereka yang akan bermula pada 5 Dis. 2017 sahingga 9 Dis. 2017, di PWTC.

Dijangka perhimpunan kali ini akan mengfokuskan kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 14, seperti mana yang telah mereka usahakan melalui kursus KERIS 2314, yang telah bermula sejak tahun 2014, KERIS yang sinonim dengan senjata pahlawan dan alat pelengkap dalam istiadat orang Melayu, membawa maksud Karisma, Ehsan, Rasional, Iltizam serta Setia, manakala 2314 pula membawa pengertian menang 2/3 kerusi Parlimen pada PRU Ke 14 nanti.

Puak penyokong pembangkang yang sudah mula terasa akan kebangkitan orang dan penyokong UMNO mula mencipta pelbagai perkara provokasi bagi mengelirukan rakyat, serangan kebanyakkannya tertumpu kepada kempimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak, yang hari ini telah banyak menampakkan kejayaan demi kejayaan yang menggerunkan kepimpina pembangkang.

Gerakkan pembangkang kebelakangan hari ini seolah sudah mula merudum apabila rakyat sudah mula mengetahui bahawa segala apa yang mereka janjikan dahulu tidak pernah tertunai malahan kehidupan mereka semakin gulana berikutan dengan pelbagai masalah yang melanda.

Penghapusan kutipan Tol didalam belanjawan 2018 yang dibentangkan oleh Dato' Seri Najib, telah benar-benar memberi kemaluan besar kepada kepimpinan pembangkang yang dahulunya mereka berjanji untuk menghapuskan kutipan Tol tetapi setelah dua penggal mentadbir negeri Selangor dan Pulau Pinang pintu-pintu Tol masih terpacak di tempat asalnya.

Begitu juga dengan janji mereka mahu menghapuskan perluasa maksiat dan arak, namun apa yang rakyat dapat saksikan hari ini ialah bertambahnya pusat judi dan rumah urut sampai pancut serta sokongan melakukan maksiat secara bebas, serta pertama kali didalam sejarah Malaysia berlakunya pesta arak secara terbuka, yang menunjukkan mereka tidak menghormati sensiviti umat Islam yang menjadi majoriti didalam negara ini.

Walaupun pembangkang seperti mendapat udara baru untuk kembali bernafas setelah kemasukkan beberapa orang bekas pemimpin UMNO ke dalam kelompok mereka seperti Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukriz Mahathir serta beberapa orang lagi yang dikatakan mampu untuk menarik sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

Namun kekuatan bekas ahli UMNO ini tidaklah seperti yang dijangkakan kerana orang UMNO akan terus memberi sokongan dan taat setia mereka kepada kepimpinan parti terkini dan bukannya kepada bekas pemimpin yang telah mengkhianati parti tunjang orang Melayu ini.

Kehadiran Mahathir dan beberapa orang lagi bekas kepimpinan UMNO didalam parti pembangkang tidak lebih hanya seperti menang sorak kampong tergadai sahaja, tidak ramai ahli UMNO yang mengikuti mereka, kecuali mereka-mereka yang terkecewa dengan parti yang tidak melayan atau memberi tempat serta tidak dapat memenuhi hajat mereka ketika menjadi ahli UMNO.

Sembang mahu membela orang Melayu ketika berada bersama pembangkang adalah satu perkara yang sangat lucu, kerana ketika masih bersama didalam UMNO tiada juga mereka ini membela orang Melayu yang menjadikan UMNO di kecam oleh orang Melayu sendiri dan akhirnya mereka beralih arah kepada parti pembangkang terutama parti PKR yang bijak mengunakan sentimen 'rakyat', bekas pemimpin-pemimpin ini lebih rela berada dan bergembira hidup diluar negara dari merasa susah bersama rakyat.

Mahathir yang mahu bercakap soal pembelaan rakyat dan mahu selamatkan Malaysia dari kepimpinan Dato' Seri Najib yang pada hakikatnya ketika era pemerintahannya, beliau dikecam oleh bekas timbalannya sendiri Anwar Ibrahim didalam gerakkan reformasi yang mendedahkan pelbagai salah laku kepimpinan Mahathir.

Provokai yang menonjolkan kenaikkan harga barangan, kenaikkan harga petrol, cukai GST, subsidi serta beberapa perkara asas yang mampu mengocak jiwa raga rakyat adala perkara yang sering dimainkan dan diapi-apikan oleh pemimpin dan penyokong puak pembangkang bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Apa sahaja isu berbangkit maka kerajaan Barisan Nasional dan pimpinan Dato' Seri Najib yang akan menjadi 'target board' atau papan sasar bagi mereka menyerang, apa sahaja isu yang boleh mengelirukan dan membangkitkan kemarahan rakyat maka isu ini akan mereka besarkan walaupun pada asasnya perkara sebenar tidaklah begitu.

Seperti kenaikkan harga petrol ianya diwar-warkan sebagai kegalan Dato' Seri Najib untuk menurunkan harga petrol dan sengaja mahu membebankan rayat dengan kos sara hidup, sedangkan rakyat yang tahu berfikir sedar bahawa kenaikkan harga petrol dunia bukanlah dibawah kawalan kerajaan Barisan Nasional, kerajaan cuma mengawal agar kenaikkan dan penjualannya didalam negara tidak melampaui dan jika terpaksa maka satu kaedah akan diguna untuk menyekat harga petrol agar tidak melambung terlalu tinggi seperti mana yang berlaku di negara luar.

Jika dibandingkan dengan zaman Mahathir petrol tidak juga murah seperti yang mereka dakwa bersesuaian dengan nilai mata wang ketika itu, dari segi sebutan ianya nampak murah tetapi nilaian mata wang ketika itu bukan murah bagi rakyat yang tidak mampu untuk memiliki sebuah motorsikal pun, setiap pembeli kenderaan menggunakan petrol pasti akan memasukkan bejet petrol didalam perkiraan mahu memiliki sebuah kenderaan mengunakan petrol.

Begitu juga dengan pengurangan subsidi terhadap beberapa keperluan, bagi rakyat yang memahami dan benar benar berjiwa petriotik maka pengurangan subsidi ada baiknya didalam era penghijrahan begitu ramai pendatang warga asing ke negara ini agar pemberian subsidi lebih diutamakan kepada warga tempatan dari bertebaran berkongsi dengan warga asing.

Pemberian subsidi lebih sesuai disalurkan terus kepada rakyat negara ini seperti peberian pendidiakan asas percuma, bantuan buku percuma, pemberian BR1M yang dikhususnya buat rakyat Malaysia yang tidak akan di perolehi oleh warga pendatang berbanding dengan subsidi yang disalurkan kepada barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula dan sebagainya yang dikongsi bersama dengan warga pendatang.

Begitu juga dengan sistem percukaian GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang di momokkan oleh pembangkang sebagai cara kerajaan Barisan Nasional memeras rakyat dan membandingkan ketika era Mahathir tiada percukaian GST, namun mereka ini seperti baharu lahir semalam yang mahu bercakap soal cukai GST, mungkin mereka ini tidak kenal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak pernah Mahathir hapuskan yang lebih membebankan rakyat dan merugikan negara.

Bukan sahaja rakyat malahan kerajaan juga boleh di tipu dengan sistem percukaian SST ini dan para peniaga cukup suka dengan percukaian SST kerana mereka boleh melarikan, menipu dan mengelak cukai, maka dengan sistem percukaian GST, para peniaga yang dahulunya ramai yang melarikan diri dari membayar cukai mula menamatkan operasi mereka dan mendaftarkan nama baru perniagaan mereka kerana mereka khuatir penipuan yang mereka lakukan akan terdedah, perniagaan kekal sama cuma bertukar nama sahaja dengan ini dapat menyelamatkan penipuan mereka.

Dari kekalutan yang berlaku ini maka puak pembangkang melalui macai benggap yang suka kepada huru hara telah memomokkan bahawa ramai perniaga telah menutup perniagaan mereka kerana kerajaan sudah mahu bankrup dan nilai mata wang negara telah menyusut dan hampir tidak laku dibeberapa negara, perkara sebenarnya ialah mereka menutup perniagaan yang telah menipu berjuta duit cukai yang sepatutnya diberikan kembali kepada rakyat melalui pembangunan, GST telah menyelesaikan masalah ini.

Perniaga yang suka menipulasi pembayaran cukai inilah yang telah mengunakan isu GST dan mengunakan pembangkang untuk menghasud rakyat bagi mempercayai bahawa cukai GST adalah cukai yang membebankan rakyat, setiap pembelian mereka akan menyebutkan bahawa harga termasuk GST, pembeli mempunyai pilihan jika tidak mahu membayar GST, mereka perlu membeli tanpa resit pembelian, didalam keadaan kerajaan mahu memulihkan ekonomi pun para peniaga ini masih mahu menekan rakyat dan menyalahkan kerajaan.

Rakyat harus sedar bahawa dengan sistem percukaian GST lah kerajaan telah berjaya menyelamatkan kewangan negara ketika negara kerugian berbillion ringgit akibat dari kejatuhan harga pertrol dunia, rakyat yang petriotik pasti akan terfikir dimana kerajaan mahu mendapatkan wang ketika kita kerugian dan kehilangan hasil dari sumber petrolium, jika tidak kerana GST.

Apa yang nyata hari ini rakyat tidak terbeban dengan cukai GST yang dikenakan malahan kita dapat melihat hampir setiap hari pusat membeli belah dipenuhi dengan rakyat yang mahu berbelanja malahan lapangan terbang KLIA juga tidak kosong dan sentiasa dibanjiri rakyat yang mahu melancaung keluar negara dan sepaling tidak mengerjakan Umrah dan Ziarah, ini membuktikan rakyat semakin bahagia dan semakin selesa.

Tiada satu masa pun sebelum kepimpinan Dato' Seri Najib yang harganya turun, selain dari peningkatan setiap masa, sebut sahaja zaman kepimpinan siapa pun baik dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husien, Tun Abdullah malah pada era Mahathir juga harga barangan tidak pernah turun, malah kehidpan pada era itu juga rakyat masih mengeluh dengan kenaikkan harga barangan, malah ketika itu sebuah keluarga yang mampu memiliki sebuah kereta buatan Jepun sudah di kira hebat apa tah lagi jika memiliki kereta buatan Eropah maka keluarga berkenaan akan di ketegorikan sebagai orang kaya atau orang ada-ada.

Sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO kali ini diharapkan mereka yang bersidang dapat memberi fokus kepada kemenangan pada PRU ke 14, usah dilayan segala fitnah yang dilemparkan yang tidak memberi kesan kepada kerajaan selain melekakan kita untuk melayan permainan mereka, cukup sudah kita terjebak dengan permainan mereka, cukup lah sudah kita menari mengikut rentak mereka dan cukup-cukup lah kita menghormati mereka kerana mereka tidak pernah menghormati pemimpin kita.

Kembalikan maruah UMNO di mata rakyat, buktikan bahawa UMNO lah pembela umat Islam dan bangsa Melayu hari ini dan masa akan datang, kita benamkan pembangkang yang diketuai oleh DAP walaupun Mahathir dan Muhyiddin ada bersama mereka.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan