Kesetiaan Ahli UMNO Menjadi Penghalang Kepada Mahathir

Sehebat Mahathir yang berjaya menjatuh dan menundukkan beberapa orang bekas Perdana Menteri terbatal dengan kegagalan beliau menundukkan Dato' Seri Najib yang nampaknya masih bertahan dan masih mampu berdiri tegak tidak tergugat walau sekilas gerak sekali pun.

Tetapi yang ternyata dan jelas dimata rakyat terutama ahli UMNO ialah kedudukan dan penghormatan kepada bekas Presiden parti Melayu UMNO itu semakin merudun dan kian hilang dari kenangan rakyat jelata.

Ternyatalah bahawa kesetiaan ahli UMNO kepada pemimpin terutama Presiden parti menjadi benteng pertahanan utama yang mengagalkan impian Mahathir yang kini walaupun mendapat sokongan dan kerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Najib tetap gagal tidak seperti gerakkan ketika menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi.

Begitu juga ketika ahli UMNO berhadapan dengan pencabar kepimpinan Mahathir satu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah, ketahanan Mahathir bukan kerana kebijakkan diri Mahathir tetapi kerana kesetiaannya ahli UMNO.

Perbezaan ketara diantara kedua pemimpin ialah Mahathir hanya memimpin kumpulan elitis yang berkepentingan sedangkan Dato' Seri Najib sentiasa berada bersama kepimpinan dari semua peringkat baik atasan mahupun peringkat bawahan, itu yang membezakan mereka berdua.

Perbezaan ini lah yang menjadi penghalang kepada rentak Mahathir yang bersungguh mahu menjahanamkan kepimpinan Dato' Seri Najib, kesetiaan akar umbi UMNO kepada Presiden parti menjadikan batu penghalang kepada Mahathir walaupun mendapat bantuan tangan-tangan ghaib dari dalam dan luar negara termasuk DOJ, Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown.

Sepertimana yang diakui oleh Tan Sri Annuar Musa bahawa kepimpinan Dato' Seri Najib tidaklah sebegitu sempurna kerana beliau bukan seorang yang maksum, namun kepimpinannya adalah lebih terbuka dan demokratik berbanding ketika zaman Mahathir sebagai Presiden UMNO.

Kepimpinan Dato' Seri Najib lebih terbuka malah lebih berani berhadapan dengan cabaran masa yang mana beliau sanggup membuka ruang kepada semua ahli untuk dilantik menjadi pemimpin parti berbanding Mahathir yang mengenakan pelbagai sekatan terhadap ahli yang mahu memegang jawatan kepimpinan didalam parti UMNO.

Perkara batasan ini yang menjadi punca kepada kesetiaan ahli UMNO kepada Presiden yang mereka pilih, dan kesukaran yang dialami oleh Mahathir adalah kerana cara kepimpinan Najib yang lebih menyerlah sebagai sebenar pemimpin kepada rakyat.

Maka sebagai ahli UMNO kita seharusnya sedar bahawa kepimpinan Dato' Seri Najib perlu dipertahankan kerana telah terbukti jalan kepimpinan Najib lebih kepada mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan