PAU 2017 Persiapan Akhir Sebelum PRU14

Setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO perkara utama yang akan menjadi perhatian kepada perwakilan terutama Ketua Bahagian dan pembahas yang dikira sebagai teramat penting yang sudah pastinya akan menyentuh persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya ke 14 nanti.

Seperti yang kita ketahui bahawa didalam perhimpunan seperti ini adalah medan bagi ahli UMNO untuk menerima arahan secara terus dari Presiden yang mahu menentukan hala tuju parti apa tah lagi di ketika menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan menentukan masa depan UMNO, orang Melayu, Agama dan Tanah Air.

Sebagai seorang Presiden yang juga Perdana Menteri Malaysia sudah pasti beliau tidak mahu negara jatuh atau beralih kepada pembangkang dan mengadaikan masa hadapan negara sepertimana berlakunya kepada beberapa negeri yang kini di bawah pentadbiran pembangkang.

Sudah pasti juga beliau mahu mengambil kembali negeri-negeri yang dipinjamkan kepada pembangkang dan jika dinilai dari segi kerja kuat yang ditunjukkan oleh kepimpinan komponan Barisan Nasional impian Dato' Seri Najib pasti akan membuahkan hasil.

Ramai pemerhati berkeyakinan bahawa sudah pasti tidak ketinggalan didalam taklimat Presiden ialah isu pemilihan calon pilihan raya juga akan mendapat perhatian Presiden UMNO.

Dijangkakan seramai lebih 5,500 perwakilan yang akan menghadiri perhimpunan Agung UMNO kali ini yang turut dihadiri oleh lebih 60 delegasi luar yang mewakili 23 parti politik dari lebih 20 buah negara.

Apa yang pasti perhimpunan kali ini adalah perhimpunan persiapan terakhir buat UMNO dan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke 14 nanti, sudah pasti banyak perkara dengan persiapan dan siap sedia setiap ahli UMNO akan diberi pembakar oleh presiden dan setiap pembahas.

Dikala negara pada waktu ini yang dikocak dengan fitnah puak pembangkang yang di tunjahkan kepada setiap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, pasti juga akan mendapat perhatian presiden UMNO Dato' Seri Najib.

Terlalu banyak fitnah yang menular di media sosial sahingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan semakin buruk, sudah pastinya Presiden UMNO akan mengerakkan jenteranya untuk terus menerus memerangi penularan fitnah dewasa ini.

Mungkin juga Presiden parti keramat orang Melayu ini akan memaklumkan pemilihan calon pilihan raya yang mengharapkan setiap dari ahli redha dan bersetuju dengan tidak berbelah bagi setiap calon pilihan yang akan dimaklumkan, agar keharmonian didalam parti akan berterusan.

Diharapkan apa sahaja impian Presiden parti UMNO akan mendapat sokongan setiap ahli parti bagi mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke 14 nanti, dan janganlah menjadikan perhimpunan ini sebagai gelangang untuk memujuk Presiden parti bagi melobi untuk menjadi calon PRU.

Fokuslah kepada menghala tujukan perjuangan bangsa Melayu, biarlah Presiden parti yang menentukan siapa bakal calun mewakili parti untuk bertarung pada PRU ke 14 nanti.

Semoga UMNO terus berbakti dan berkhidmat.

 

 

 

 

 


“

Post Metro Online

Artikel Berkaitan