Diri Sendiri Terpalit Najis Orang Lain Dituduh Berbau Busuk

Seperti kebiasaan, didalam politik bila bertukar atau dalam istilah politik disebut 'katak' maka orang berkenaan akan cuba mencari populariti dikalangan penyokong parti baharu mereka untuk meraih tempat didalam parti.

Bagi menampakkan kesungguhan mereka mahu membantu parti yang baru disertai maka jalan paling cepat ialah memburukkan parti yang telah mereka tinggalkan, apa sahaja ruang yang boleh memburukkan tidak kira benar atau reka cipta semuanya akan terpacul keluar dari mulut peraih populariti.

Berkaitan dengan perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlansung, seorang bekas ahli Puteri UMNO telah mendedahkan kononnya berlaku aktiviti tidak bermoral setiap ahli yang datang bersidang dimana didakwa berlakunya pesta maksiat diantara ahli UMNO yang datang ke perhimpunan.

Ini adalah satu dakwaan dari seorang bekas ahli yang sedang mencari populariti didalam parti baharunya, yang mana perkara tersebut tidak pun diketahui oleh kebanyakkan ahli parti lain yang telah melibatkan diri didalam perhimpunan Agung UMNO ini.

Ini membuatkan ramai ahli tertanya adakah dirinya yang sebenarnya terlibat dengan perbuatan tersebut, kerana dirinya yang menyebut perkara yang tidak di ketahui oleh kebanyakkan ahli parti.

Setelah tersebar berita keceluparan bekas ahli Puteri UMNO maka ramai yang telah membidas malah ada yang telah memuat naikkan aktiviti bekas Ahli Puteri ini yang berkeadaan tidak sopan dan liar ketika masih bergelar Puteri UMNO, tetapi bukan ketika di perhimpunan Agung UMNO.

Soalan yang perlu dijawab oleh bekas Puteri ini ialah siapakah yang dimaksudkan, adakah itu berkisar akan pengalaman beliau sendiri atau telah bersubahat dengan perbuatan terkutuk itu, sedang pada hari perhimpunan semua mereka yang telibat adalah terlalu sibuk dengan aktiviti perbahasan dan perbincangan.

Sebagai contoh, setiap ahli parti dari setiap Bahagian akan duduk didalam kumpulan masing-masing untuk membincang dan memberi maklum dan fokus kepada setiap isu yang dibahaskan, adakah dirinya yang terlalu banyak masa untuk berfoya-foya ketika rakan lain duduk berbincang perkara yang dibahaskan.

Jika tidak masakan beliau mampu mambuat tuduhan sebegitu dengan menyatakan 'atas pengalamannya', beliau seharusnya memikirkan kesan dari 'salah cakap' dan membuat tuduhan yang boleh dikembalikan kepada aktiviti dirinya di masa lalu.

Jangan beranggapan jika menyertai parti yang mengunakan agama maka diri kita sudah menjadi sesuci seorang wali yang tidak melakukan dosa, cermin diri tu rata-rata sebelum membuat tuduhan, jangan bersangka dengan niat sudah boleh menghalalkan cara.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan