Jangan Lupa kebaikkan Dan Jasa UMNO

Jangan sampai sebarang tindakan kita digelarkan dengan perkara jelek termasuk memberi gelaran seperti kacang lupakan kulit yang membawa makna jangan lupa kepada setiap perkara baik yang pernah diberikan kepada lkita.

Malah bekas Perdana Menteri seperti Dr Mahathir juga diberikan peringat yang sama kerana beliau pernah meneraju sebuah parti yang telah banyak memberi ruang kepada beliau sahingga tercatat sebagai pemimpin yang lama menjadi Presiden UMNO.

Begitu juga dengan sebilangan rakyat yang mula lupa akan setiap kebaikkan yang pernah di limpahkan Allah melalui UMNO, oleh kerana termakan dengan janji manis pembangkang yang menjanjikan bulan bintang maka segelintir dari mereka yang pernah menumpang kemurahan UMNO mula menjadi seperti kacang yang lupakan kulit.

Secara rialitinya membuang kulit sebaik memakan isi kacang bukan sesuatu yang luar biasa tetapi ianya dijadikan perumpaan kerana ianya ada persamaan dengan tindakan seseorang yang melupakan kebaikkan atau melupakan asal usul tempat dimana mereka mendapat perlindungan.

Mereka-mereka ini harus diberi kesedaran dan ingatan agar sesekali dapat menoleh kebelakang untuk melihat dari mana mereka ini bermula dan orang-orang yang banyak memberi bantuan disebalik kejayaan yang mereka kecapi hari ini, agar mereka tidak tersasar jauh dan beralih kelembah kehinaan kerana lupa diri.

Kebelakangan ini kita dapat melihat segelintir mereka yang pernah mendapat bantuan secara lansung atau tidak lansung mula menyerang kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kerana kegagalan mereka sendiri atau sudah tidak lagi menikmati kemudahan yang diberikan sebelum ini.

Malah ada di antara mereka yang gagal didalam perniagaan juga menyalahkan kerajaan atas kegagalan perniagaan mereka, sedangkan rakan pesaing mereka terus melakar kejayaan demi kejayaan walaupun tidak mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan, khususnya UMNO.

Mereka ini seolah mahu sentiasa berpaut pada dahan kerajaan atau UMNO selamanya untuk kekal bernafas, jika tidak maka kerajaan Barisan Nasional dan UMNO akan dipersalahkan, malah jika ada peluang yang diberikan kepada orang yang banyak maka mereka juga akan melenting dan mula menuduh kerajaan atau kepimpinan UMNO dikatakan cuba menyekat rezeki mereka.

Mereka-mereka ini seolah-olah beranggapan bahawa semua kekayan dan rezeki di negara ini hanya mahu dimonopoli oleh mereka sahaja dan tidak boleh dikongsi dengan rakyat yang lain,malah yang lebih sombong lagi dan menjadi bertambah sombong apabila mereka mendapat sokongan dari parti pembangkang yang kemudiannya menyemaikan rasa tidak bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak membantu mereka.

Ada pula segelintir dari mereka ini yang mempunyai kedudukan di mata rakyat seperti para artis yang menjaja diri melalui bidang seni yang pasti mempunyai ramai peminat sudah mula menampakkan corak diri mereka yang sebenar dan merasa besar kepala bila merasa diri mereka di kelilingi oleh ramai peminat dan mula bertindak seperti pepatah yang dinyatakan tadi.

Mereka ini seperti tidak boleh memikirkan kesan dari apa yang mereka nyatakan, begitu juga dengan sesetengah ahli politik yang lupa asal usul dan mula mengkhianat anak bangsanya kerana kehilangan sesuatu yang dahulunya dimiliki, mereka mula bertindak seperti kacang lupakan kulit dan menafikan setiap titik bengit bantuan kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO yang menaungi mereka selama ini.

Yang paling dikesalkan ialah ada segelintir mereka ini telah bertindak seperti mereka ini adalah ahli politik yang mahu menentu corak politik negara ini, tetapi bila mereka ini di serang balas oleh pemain politik mereka menjadi seperti tidak keruan dan mula menyatakan bahawa diri mereka telah tidak dihargai walhal merekalah seperti kacang lupakan kulit itu.

Berfikirlah secara rasional, kenanglah dari mana kita bermula dan siapa yang membantu sahingga kita berada sahingga ketahap ini, jika kita sedar diri maka kita akan terus berjaya kerana rezeki pasti akan bertambah jika kita sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan Allah.

Jangan lupa diri dan kufur kepada setiap rezeki yang di datangkan melalui keamanan seperti mana yang kita hadapi hari ini, untungnya negara kita tidak seperti negara yang berhambat dengan kekacauan dan peperangan yang tidak henti-hentinya sahingga sukar untuk rakyat negara berkenaan membina kehidupan.

Kita seharusnya melihat kembali ke belakang untuk menilai diri kita hari ini yang telah disaluti dengan kemewahan yang pelbagai, tetapi dengan sedikit dugaan kita sudah mula mahu menjadi seperti kacang lupakan kulit, sahingga sanggup mengadai maruah agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan