Kembang Sepatu Dan Bekas Negarawan

Itu lah Mahathir dan partinya yang mendapat gelaran baru di perhimpunan Agung UMNO, pentas yang sama dimana Mahathir mengelarkan Melayu mudah lupa semasa menjadi Presiden parti keramat orang Melayu, namun hari ini pendengar perwakilan UMNO dihembus dengan laungan Mahathir mudah lupa.

Laungan ini di hemburkan gara-gara perlakuan khianat Mahathir terhadap perjuangan parti UMNO dengan menyertai pembangkang yang di ketuai oleh parti DAP yang sangat-sangat membenci Melayu dan memusuhi UMNO, beserta pemimpinnya.

Di pentas yang sama Mahathir meluahkan kata-kata Melayu Mudah Lupa, namun pada hari ini Mahathir seperti seorang yang telah melampaui batasnya apabila tergamak bersekutu dengan mereka yang pernah dikatakan sebagai musuh kepada orang Melayu termasuk dirinya.

Tidak hairan jika kini gelaran Melayu Mudah Lupa itu adalah mengambarkan diri Mahahtir sendiri, yang kian hari kian lupa apa yang pernah beliau lafaskan dahulu, di pentas yang sama berdirinya Dato' Seri Najib sebagai Presiden parti Orang Melayu UMNO.

Dipentas yang sama berdirinya Mahathir ketika mengingatkan orang Melayu bahawa parti DAP itu adalah sebuah parti yang sangat membenci orang Melayu dan agama Islam, Dato' Seri Najib mengambil amanah mengingatkan orang Melayu bahawa DAP masih kekal dengan pendirian mereka tidak mahu Melayu menjadi tuan kepada tanah bumi Malaysia ini.

Apabila Mahathir beralih arah dan mula memberi sokongan kepada parti DAP, adalah selayaknya di menjilat semula ludah yang pernah diluahkan dari mulut suatu ketika dahulu dan paling melukakan hati orang Melayu ialah beliau sanggup duduk bersama merancang untuk menjahanamkan tanah orang Melayu ini.

Sedangkan di dewan ini hampir saban tahun setiap kali perhimpunan Agung UMNO, seruan untuk memerangi pembangkang yang diketuai oleh parti DAP tidak pernah sunyi dan lekang dari setiap penceramah perwakilan, perkara yang sama berlaku ketika Mahathir menjadi Presiden parti.

Presiden parti UMNO hari ini Dato Seri Najib mengingatkan orang Melayu bahawa tidak perlu risau dengan kehadiran parti bunga kembang sepatu kerana sahingga kini kita tidak nampak akan dimana nilai yang mereka cuba bawa sebaliknya mereka lebih menjadi pekakas kepada DAP.

Bagaimana kita boleh meyakini janji Mahathir jika ketika bersama dihadapan orang Melayu UMNO beliau berkata bahawa DAP adalah musuh orang Melayu, tetapi sebaik tidak lagi menjadi Presiden parti keramat orang Melayu UMNO, beliau boleh pula duduk dan bersekongkol dengan kepimpinan Cina DAP yang terang-terang memusuhi orang Melayu dan agama Islam.

Kita tidak menyangka bahawa Mahathir sanggup menjadi perkakas kepada parti DAP yang terang-terang Anti-Melayu dan agama Islam, perkara nyata yang termaktub malah jelas bahawa tindakan-tindakan yang mereka lakukan adalah menjurus untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara sekular sepenuhnya.

Jadi adalah wajarnya jika gelaran Melayu mudah lupa itu di tujukan kepada dirinya, berdasarkan tindak tanduk kebelakangan ini yang sanggup menjadi hamba kepada puak DAP, kerana memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

Mahathir tergamak bersubahat dan bersekutu dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ yang berpuluh tahun memusuhinya.

Mahathir pemimpin parti bungan kembang sepatu adalah Melayu yang mudah lupa itu.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan