MCA - Kekalkan Bentong Kepada Barisan Nasional

Tiada krisis kepimpinan dan skandal menjadi aras kayu pengukur kepada perbezaan diantara parti MCA dengan parti pembangkang DAP yang keduanya adalah parti yang mewakili kaum Cina di negara ini.

Tidak sepertimana kekalutan didalam parti DAP yang sarat dengan krisis rasuah dan salah guna kuasa, malah ahli mereka sendiri yang mendedahkan akan salah laku pemimpin mereka yang terlalu angkuh berkuasa sahingga terlajak menyalahgunakan kuasa yang mereka ada.

Maka bagi melindungi diri setiap pemimpin mereka yang terpalit dengan aktiviti tidak bermoral maka jalan yang mereka ambil adalah menyebarkan fitnah kepada musuh politik mereka dan MCA tidak terlepas dari serangan fitnah pembangkang ini.

Namun MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Timbalan Presiden telah berjaya membawa dan memulihkan keyakinan masyarakat Cina kepada kerajaan Barisan Nasional dengan menjauhkan mereka dari fitnah DAP.

Mengambil contoh pengundi di Bentong di mana terbitnya isu "Blackout" pada PRU 13 yang lalu yang hampir membawa kekalahan kepada calon Barisan Nasional pastinya menghantui warga Bentong kerana tertipu dengan permainan dan fitnah dari pembangkang yang sangat terdesak ketika itu yang mahukan kemenangan kerusi Parlimen Bentong.

Kini warga Bentong terasa malu dengan kejadian tersebut, bagaimana mereka boleh mempercayai berita yang tidak benar yang dimainkan ketika itu, jika tidak sudah pasti nasib mereka juga akan menjadi seperti rakan-rakan mereka di kawasan yang di uruskan oleh pembangkang, mereka terkebelakang dari pembelaan.

Kini para pengundi di Bentong dapat merasakan kebaikkan dari kerajaan Barisan Nasional yang diusahakan oleh Ahli Parlimen mereka Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah banyak membawa pembangunan, ekonomi dan keharmonian kehidupan sosial masyarakat setempat.

Warga Bentong hari ini dapat merasakan perbezaan kepimpinan Datuk Seri Liow, pemimpin dari MCA itu dengan beberapa orang pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap di pentas tetapi tidak mampu membuktikannya di lapangan kerja yang nyata.

Seperti mana yang diungkapkan oleh bekas ahli Parlimen Bentong (1995) Tan Sri Lim Ah Lek yang pernah mengalahkan calon dari DAP, Syed Ali Mohsin, bahawa warga Bentong hari ini dapat menilai sama ada calon mereka bekerja atau pun tidak, seperti mana yang dapat dilihat hari ini, Bentong tidak ketinggalan dalam harus pembangunan yang selayak dengannya.

Warga penduduk Bentong seharusnya harus bijak memilih sebuah parti yang memberi khidmat dari memilih mereka yang bijak berkata-kata atau yang hanya bijak mengkritik hasil kerja orang lain namun mereka sendiri tidak mampu membawa sebarang perubahan pada kawasan yang mereka wakili.

Pengekalkan calon dari parti MCA telah membawa perubahan kehidupan yang lebih sempurna, ternyata pemilihan Datuk Seri Liow sebagai wakil rakyat di Bentong telah membawa banyak perubahan bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi malahan kehidupan sosial masyarakat juga turut berubah.

Kepimpinan Datuk Seri Liow tidak memihak kepada masyarakat atau satu kaum sahaja, kepimpinan beliau merangkumi semua kaum yang berada di Bentong, ini terbukti bilamana khidmat ahli Parlimen Bentong merangkumi setiap pelusuk penduduk kampong tanpa mengira keturunan, kaum dan agama.

Setiap hasil dari kejayaan kepimpinan Datuk Seri Liow, kesemuanya dapat dirasakan oleh warga dan masyarakat Bentong serta persekitaran, malah ada didalam perancangan beberapa acara yang membawa kepada perkembangan ekonomi akan dijadikan sebagai acara tahunan, seperti pesta jualan durian yang di adakan baru-baru ini yang mendapat sambutan hangat dari pesertan dan penduduk tempatan.

Malah sesuatu yang bakal dapat dirasakan oleh penduduk Bentong ialah bakal terujudnya Central Spine Road (CSR) 'Bentong Bypass' ia ini pembinaan lebuhraya sepanjang 28.5 kilometer yang bakal membawa limpahan ekonomi kepada penduduk Bentong yang dijangka siap pada tahun 2019.

Penduduk Bentong seharusnya mengekalkan wakil rakyat dari Barisan Nasional bagi menjamin masa depan yang lebih cemerlang, pengundi Bentong harus dapat membezakan hasil kerja wakil rayat Barisan Nasional berbanding dengan puak pembangkang yang kini ketinggalan kebelakang.

Masyarakat pengundi di Bentong seharusnya dapat melihat hasil kerja Datuk Seri Liow Tiong Lai dan sudah pasti mereka dapat menilai dan membandingkan dengan wakil dari puak pembangkang terutamanya DAP yang banyak cakap dari bekerja.

Semoga masyarakat Bentong, Pahang akan terus kekal memberi sokongan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, dari parti MCA komponan Barisan Nasional untuk terus menerajui Bentong.

Kekalkan Bentong pada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan