SPAD - Pemandu Teksi Harus Mengubah Sikap Dan Menerima Anjakan Baharu

 

Betapa tidak sedarnya pemandu teksi bahawa keprihatinan kerajaan terhadap perkhidmatan mereka sahingga banyak perkara dilakukan demi peningkatan mutu serta kemajuan perkhidmatan sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam.

Oleh kerana kesilapan akan tingkah laku segelintir pemandu yang bertidak seperti lintah darat maka imej pemnadu teksi tercemar dengan begitu teruk sekali sahingga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terpaksa bertindak membenteras kegiatan melampau mereka terhadap pelanggan.

Bosan dengan tindakan memeras ugut penumpang oleh pemandu teksi menjadikan perkhidmatan pemandu e-hailing seperti Uber dan Grabcar mendapat perhatian penguna yang menjadikan mereka lebih selesa dan selamat ketika berurusan dengan pemandu e-hailing.

Diawal perkhidmatan e-hailling ianya tidak disenangi oleh pemandu dan juga pengendali kereta teksi kerana dikatakan telah menyekat perkemabangan pendapatan mereka, maka bermulanya era pemberontakan pemandu teksi terhadap pemandu kereta Uber dan Grabcar dan mula menyalahkan kerajaan dan SPAD.

Lebih drastik lagi mereka menuduh bahawa kehadiran pemandu Uber dan Grab adalah didalangi oleh SPAD yang mahu menguburkan perusahan teksi atas nama tranformasi pengangkutan awam, yang mana mereka tidak sedar bahawa mutu perkhidmatan teksi negara telah mula mendapat cemuhan yang sangat teruk bukan sahaja dari dalam malah dari luar negara.

Ini sedikit sebanyak telah membantutkan usaha kerajaan dan impian Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat pengangkutan awam seperti teksi menjadi yang terbaik dan setaraf dengan standard perkhidmatan teksi di dunia.

Maka dengan itu kerajaan telah meluluskan perkhidmatan e-hailling yang telah menghalalkan perkhidmatan Uber dan Grabcar yang dikatakan beroperasi secara haram sebelum ini, ia bagi membolehkan dan memberi cabaran kepada pembaikkan sikap dan tingkah laku pemandu teksi agar bersaing secara sihat.

Ini termasuk dalam penyediaan perkhidmatan seperti kenderaan yang bersih dan selamat, tingkah laku yang lebih mesra kepada pelanggan, menggalakkan penggunaan teknologi yang mana mampu meningkatkan pendapatan dan yang paling penting ialah setiap pemandu teksi harus memperbaiki kualiti dan tingkah laku mereka.

Bika pihak SPAD dan kerajaan, mereka tidak pernah mengabaikan tangungjawab mereka terhadap industri teksi, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan bagi menjaga kebajikan pemandu teksi dan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka serta mengalakkan setiap pemandu teksi untuk berani menceburkan diri dengan pengunaan aplikasi terkini untuk berurusan dengan pelangan.

Bagi mengatasi rungutan pengusaha dan pemandu teksi terhadap kehadiran pemandu Uber dan Grabcar yang dikatakan mendapat pelbagai pengecualian seperti tidak mempunyai insyuran nyawa penumpang serta tidak perlu memiliki lesen memandu Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Kerajaan telah mula membuat kajian terhadap isu tersebut dan bakal dilaksanakan pada tahun hadapan bagi mengujudkan satu persaingan yang saksama diantara pemandu teksi dan kenderaan Uber serta Grabcar, sebagai permulaan perkhidmatan teksi hari ini sudah digalakkan mengunakan perkhidmatan e-hailling yang lebih digemari oleh penguna kenderaan teksi seperti mana Uber dan Grab.

Walaupun masih didalam peringkat pengkajian, usaha yang dilakukan oleh SPAD dan kerajaan ini seharusnya menjadi bukti bahawa kerajaan tidak pernah memingirkan industri perkhidmatan teksi dan tidak mahu mereka tercicir dan ketinggalan dalam arus kemodenan dalam penggunaan aplikasi canggih termasuk pengunaan telefon pintar.

Kerajaan sedar peranan industri dan pemandu teksi yang dikatakan sebagai duta kecil negara, maka dengan itu segala usaha kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tertumpu kepada mempelbagaikan inisiatif bagi memastikan mutu perkhidmatan teksi setaraf dengan Uber dan Grab agar mereka terus kekal berdaya saing.

Terkemudian dari ini setelah dilaksanakan beberapa tranformasi dan keseragaman perkhidmatan teksi, Uber dan Grab, diharapkan tiada lagi rungutan pemandu teksi terhadap kecuraman pendapatan mereka, kerana mereka sudah boleh bersaing untuk memberi perkhidmatan pengangkutan.

Namun jika pemandu teksi masih kekal dengan sikap lama mereka maka usaha SPAD dan kerajaan akan menjadi sia-sia yang akhirnya mereka akan kembali menyalahkan SPAD dan kerajaan kerana tidak menyuapkan nasi ke mulut mereka walaupun hidangan telah tersedia didepan mata.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan