MCA - Bersatu, Prinsip Yang Boleh Menjamin Masa Depan Negara

Tidak boleh dinafikan dan disangkal bahawa bersatu padu didalam berpasukan dan menyokong diantara satu dengan lain pasti akan membuahkan hasil yang sangat lumayan, sepertimana kejayaan Malaysia didalam menentang cadangan Amerika Syarikat yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Perkara yang sama boleh berlaku didalam Pilihan Raya Ke 14 yang bakal mendatang nanti bila mana setiap parti komponan memainkan peranan dan saling bantu-membantu diantara rakan parti di dalam Barisan Nasional.

Setiap parti yang berada didalam Barisan Nasional harus menolak kata-kata nista pihak lawan terutama dari puak pembangkang yang diketuai oleh DAP, yang sudah pasti mahu melihat kesatuan didalam parti Barisan Nasional berpecah belah.

Seperti yang dinyatakan oleh pemerhati politik bahawa suka atau tidak kesemua parti komponan didalam Barisan Nasional harus mengenepikan segala prasangka yang dihebahkan oleh puak pembangkang dan kekal bersatu didalam membuat keputusan.

Mereka tidak harus terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya komponan parti Barisan Nasional hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada UMNO yang kononnya mendominasi parti Barisan Nasional untuk terus berkuasa sebagai kerajaan.

Parti MCA, MIC dan juga GERAKAN diantara beberapa parti komponan yang berada didalam Barisan Nasional telah lama memahami akan susur galur serta hala tuju parti, dan kerja sama yang terjalin sejak sekian lama telah menunjukkan hasilnya dan sedikit perselisihan, pasti akan menerima padahnya, sepertimana yang terjadi pada Pulau Pinang, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan.

Jadi suka atau tidak bagi menjayakan perancangan untuk mengambil kembali beberapa negeri yang telah jatuh kepada puak pembangkang, maka tiada jalan mudah bagi setiap komponan didalam Barisan Nasional selain bersatu dan bekerja sama untuk mengambil kembali negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang.

Presiden parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri berkeyakinan bahawa UMO adalah sebuah parti yang sentiasa menjaga kepentingan semua kaum didalam negara ini, tidak seperti mana yang digambarkan oleh puak pembangkang yang membuat tomahan bahawa UMNO adalah parti untuk membela orang Melayu sahaja dan mengabaikan kaum lain di negara ini.

Walaupun UMNO ditubuhkan dengan matlamat membela nasib orang Melayu namun didalam masa yang sama nasib kaum-kaum lain turut juga diberi perhatian, maka itu ujudnya Barisan Nasional yang mengembeling tenaga kesemua anggota parti tidak kira kaum dan etenik untuk menerima dan merasai pembahagian kek ekonomi dan pembangunan negara.

Begitu juga dengan parti MCA walaupun matlamat parti adalah menjaga kebajikan masyarakat Cina namun kaum-kaum lain dipersekitaran tetap akan terbela dan mendapat perhatian, kerana Barisan Basional tidak memilih rupa bentuk dan warna kulit didalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa UMNO sentiasa menjaga kepentingan semua kaum walaupun ia sebuah parti berpaksikan kaum dan ini lah pendirian teras Barisan Nasional yang sentiasa berkerjasama dalam semangat harmoni dan konsensus.

Untuk mencapai kejayaan besar didalam Pilihan Raya Ke 14 nanti diharapkan setiap komponan parti dalam Barisan Nasional telah pun bersiap sedia dengan penyediaan plan dan rancangan bagaimana mahu menawan dan mengekalkan kejayaan bagi setiap kerusi Parlimen dan ADUN.

Seperti mana yang dilakukan oleh pihak parti MCA yang sedari awal lagi telah membuat saringan pemilihan calun-calun untuk diketengahkan, yang mana pemilihan mereka sudah pasti akan melibatkan bakal calun yang benar-benar telah turun kebawah dan telah membuat banyak kerja "groundwork' untuk memastikan kemenangan parti.

Sudah pasti bakal calun yang akan di ketengahkan adalah terdiri dari mereka-mereka yang telahpun turun ke lapangan untuk bersama pengundi, walaupun bekas calun yang pernah tewas tetapi masih kekal memberi khidmat masyarakat kepada kawasan mereka.

Strategi MCA ini sangat sesuai dan yang terbaik kerana masyarakat di kawasan tersebut sudah pasti mengenali siapa yang bakal mewakili mereka dan pengundi sendiri boleh menilai keperibadian dan kemampuan bakal calon yang akan bertanding dikawasan mereka.

Sudah pasti persediaan MCA didalam menentukan calun untuk bertanding pada pilihan raya kali ini adalah gambaran bahawa MCA kini sudah pulih dari kelesuan yang melanda parti ini yang menerima stunami politik pada PRU ke 12 dan 13 yang lalu.

Maka kini dengan sokongan kuat dari rakan parti seperti UMNO, MIC dan GERAKAN sudah pasti menjadikan kerja yang sukar menjadi mudah dan sudah pastinya apabila kesemua rakan parti komponan didalam Barisan Nasional bersatu maka akan memudahkan untuk Barisan Nasional mengajar pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Mereka didalam Barisan Nasional tiada pilihan selain bersatu untuk menutup kelancangan mulut puak pembangkang, dengan bersatu bersama rakan se parti yang lain seperti MCA, MIC, UMNO dan GERAKAN sudah pasti Barisan Nasional akan menempa kejayaan yang tidak dijangka.

Sepertimana kejayaan rakyat Malaysia yang bersatu menentang keputusan Amerika Syarikat, walaupun Amerika berkuasa besar namun kerana rakyat Malaysia bersatu maka kuasa besar dapat di tundukkan.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan