MCA - Setia Kawan Dalam Isu Palastine

Ini bukan soal bangsa atau agama, tetapi ia adalah soal ketamadunan hidup yang tidak mengikut telunjuk membabi buta kepada yang kuat ketika menekan yang lemah, ini lah solidariti yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam isu Palastin.

Kecuali pihak pembangkang DAP yang tidak menghantar wakil, mungkin masih terhutang kasih dengan puak Israel maka itu mereka tidak menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

MCA sebuah parti politik berasaskan kaum Cina yang mewakili hampir keseluruhan masyarakat Cina di negara ini juga turut menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional dan rakyat negara ini dalam mendepani konflik di Timur Tengah tersebut.

Baitulmaqdis adalah sebuah kota suci umat Islam di seluruh dunia yang kini sedang berdepan dengan kehilangan kota tersebut apabila Presiden Amerika, Donald Trump mahu mengistiharkan bahawa kota tersebut akan menjadi ibu kota Israel, tindakan umat Islam di seluruh dunia adalah bagi memastikan Baitulmaqdis kekal milik Palestin.

Walaupun perbezaan beragama namun demi keamanan sejagat, bila mana negara bersatu menentang penjajahan alaf baru MCA kekal bersama seluruh rakyat Malaysia menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Amerika Syarikat itu.

Sebagai sebuah parti yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tindakan kepimpinan MCA yang menyatakan pendirian mereka kekal bersama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk tindakan Amerika sangatlah dihargai.

Komited dengan kerjasama kerajaan didalam memperjuangkan isu rakyat Palestin, membuktikan bahawa MCA akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam apa-apa tindakan didalam membantu meningkatkan keamanan sejagat.

Diketika seluruh umat Islam di dunia dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berrhimpun bersolidariti untuk mengembalikan hak eksklusif rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis dan juga seluruh bumi Palestin, parti MCA tidak ketinggalan untuk menyatakan sokongan terhadap pengembalian hak kepada rakyat Palastin.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan