Pandir Dan Politik Malaysia

Tahun baru 2018 bakal menjelma tidak beberapa hari sahaja lagi, begitu juga dengan gendang pilihan raya ke 14 juga sudah semakin jelas kedengaran yang bermakna sudah semakin hampir dengan pengundinya.

Begitu juga dengan bakal-bakal calun wakil rakyat yang siang malam bertungkus lumus membuat persiapan untuk berdepan dengan rakyat sebagai pemilih sama ada mereka benar-benar layak untuk menjadi wakil atau akan menjadi debu kepada rakyat.

Parti Barisan Nasional telah lama bersiap untuk menghadapi kedatangan tarikh pilihan raya tidak kira masa siang atau malam, jentera kerja Barisan Nasional sentiasa bersiap sedia sejak sekian lama tanpa mengira selepas atau menjelang tiba pilihan raya.

Parti-parti komponan Barisan Nasional juga kelihatan sudah bersedia untuk berhadapan dengan jentera perang pakatan pembangkang yang diketahui juga tidak kurang dengan gerak kerja mereka mahu mengempur kubu-kubu milik Barisan Nasional.

UMNO yang baru sahaja selesai mengadakan perhimpunan Agung mereka yang mendapat sambutan yang sangat tidak diduga telah pun meniup dan memalu gendang perang mereka untuk menghadapi pilihan raya yang dikatakan sebagai Ibu kepada semua pilihan raya yang telah berlalu.

Namun ianya tidak berlaku kepada parti Mahathir yang dikatakan gagal untuk mengadakan mesyuarat Agung mereka kerana tidak mendapat sambutan, dengan kehadiran seramai 12 orang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun memecah "Malaysia Book Of Record", ianya seumpama mesyuarat ketua kampung untuk mengadakan majlis kenduri-kendara anak buah sahaja.

Menjadi perhatian kepada pemerhati politik yang mengikuti rapat dengan penubuhan PPBM yang dikatakan mampu mengugat UMNO, tetapi tidak sampai setahun jagung pelbagai ribut yang melanda parti Mahathir ini sahingga tembok gagah jenama Mahathir juga turut musnah.

Parti kepimpinan Mahathir telah di terjah oleh konflik hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang dikatakan juga sebagai tiada hala tuju dan bermatlamat, maka berduyun-duyun mereka mula meninggalkan parti seperti bunga yang tak sempat nak kembang walaupun harum, dipetik segar namun dibiarkan layu.

Dalam kekalutan sebegini mampukan parti Mahahtir untuk bangkit berdepan cabaran pilihan raya ke 14 walaupun Mahathir dikatakan mampu membuat kejutan disaat-saat akhir, kemungkinan itu masih ada, tetapi melihatkan keuzuran dan lanjut usia adalah sukar bagi Mahathir bangkit dari kelesuan dalam jangka masa yang singkat.

Menyelesaikan konflik dalaman parti sudah pasti memenat dan melesukan Mahathir yang sudah dimamah usia hampir 93 tahun, walaupun dibantu oleh bekas seteru politiknya yang juga sebaya dengan Mahathir yang kelihatan memerlukan makjun ajaib bagi memulihkan kelesuan dengan segera dan tidak memakan masa yang lama.

Jika Mahathir gagal menemui makjun ajaib dalam waktu terdekat ini berkemungkinan parti Mahathir tidak akan mampu untuk bersaing didalam pilihanraya ke 14 nanti, berkemungkinan besar parti Mahathir hanya akan menjadi parti membantu gantung bendera atau parti tukang sorak di pentas ceramah pembangkang.

Sementara parti Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO walaupun tidak sepi dari dilanda pelbagai jenis ribut dan taufan, ianya dapat dihadapi dengan tenang tanpa perlu membuka langkah silat, menepis dan mengelak, selain mara kehadapan menuju arah yang di tetapkan.

Selain kematapan jentera Penerangan UMNO dibawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa, dibantu oleh panglima-panglima perang UMNO yang lain seperti Datuk Saleh Said Keruak, Datuk Rahman Dahlan, Datuk Dr Mohd. Puad Zarkashi yang mengempur kubu-kubu pembangkang menjadikan pembangkang tidak kepalang kecutnya dan tidak boleh digambarkan.

Pelbagai krisis lapok yang dibangkitkan berjaya di diamkan kerana duduk perkara hanya pada hujung jari dan telinga sahaja dan tidak berpijak dibumi nyata, sembang fitnah yang dimainkan berjaya dimatikan dan dikuburkan dengan siaran berfakta melalui jentera mereka yang bersiap sedia menghadapi ancaman sidang maya yang pernah diguna pakai oleh pembangkang pada pilihan raya ke 12 dan 13 yang lalu.

Tidak dinafikan pada dua pilihanraya tersebut Barisan Nasional menghadapai cabaran yang tidak dijangka, kesempatan dan peluang yang tidak dijangka telah diambil oleh puak pembangkang untuk menyerang Barisan Nasional yang menyebabkan Barisan Nasional hilang banyak kerusi parlimen dan ADUN mereka.

Berbeza dengan cabaran hari ini kelihatan Barisan Nasional telah bersiap sedia dengan jentera media sosialnya dan masih mengekalkan jentera media konvensional selain memantapkan jentera berceramah untuk turun disetiap pelusuk tanah air bagi memberi penerangan dan juga penjelasan berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP yang merasakan bahawa jentera Barisan Nasional kini semakin bersedia berhadapan dengan serangan mereka, mula memainkan sentimen kewarganegaraan dengan meletakkan Mahathir sebagai satu ikon yang mula dilupakan jasa-jasanya, mereka mula menjaja segala bentuk kebaikkan yang pernah ditaburkan oleh Mahahtir.

Walaupun dahulunya mereka-mereka inilah yang telah menghina Mahathir dengan pelbagai gelaran dan mahukan Mahathir di singkir dari tampuk kepimpinan negara gara-gara dikatakan tersangat zalim dengan tindakan ISA nya, namun pada hari ini bukan sahaja Mahathir dijulang malahan Mahathir juga di cadangkan untuk menjadi Perdana Menteri bagi pihak pembangkang, ini betul punya cerita Pandir.

Cerita Pandir ini bukan sahaja mengelikan pemerhati politik tetapi turut mendapat reaksi Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan cadangan untuk melantik semula Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah tidak masuk dek akal.

Masakan tidak, ketika Mahathir menjawat jawatan tersebut berduyun-duyung mereka mendesak agar Mahathir di pecat atau meletak jawatan tetapi hari ini berduyung-duyung pula mereka menjulang Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri semula, tidak ke Pandir namanya.

Tetapi pemerhati berpendapat bahawa julangan atau cakap-cakap Mahathir untuk Perdana Menteri pakatan pembangkang adalah satu belaian jiwa pembangkang terhadap pengundi yang masih bersimpati dan masih ada belas kesihan kepada Mahathir, pembelian jiwa yang sama seperti mana ketika Barisan Nasional hilang Pulau Pinang dan Selangor.

Tidak tergambar difikiran kita bagaimana seorang yang pernah didesak untuk undur yang begitu lantang mengkritik pemimpin pembangkang terutama Lim Kit Siang, sebagai seorang yang rasis dan pelampau perkauman dan parti DAP dilebelkan sebagai parti cauvanis, kini disanjung dan diminta pula menjadi Perdana Menteri, bertambah Pandir jika kita memikirkannya.

Namun bagi Barisan Nasional mereka tidak menoleh kebelakang sebalik terus mara kehadapan menghadapi rakyat dengan pelbagai bantuan, walaupun di tuduh sebagai memberi rasuah dan gula-gula kepada rakyat hakikatnya Barisan Nasional telah mendahului memenangi hati rakyat yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Ke 14 nanti.

Sementara UMNO pula akan kekal sebagai sebuah parti yang akan membela nasib orang Melayu, menegakkan syiar Islam dan mempertahakan Tanah Air dari di gangu-gugat oleh anasir-anasir yang kini mendapat sokongan pembangkang untuk memusnahkannya.

Semoga UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan