MARA, FELDA Dan Tabung Haji Jadi Kambing Hitam Pembangkang

Nampaknya terpana dengan kepanasan serangan bertali arus dari Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa maka pembangkang mula membuat dan mereka cipta segala bentuk cerita penglipur-lara termasuk fitnah semata berharap Tan Sri Annuar bagi tujuan menutup mulut atau mendiamkan peranan ketua Penerangan UMNO itu.

Mereka kini sedang menjadikan Tan Sri Annuar dan beberapa kepimpinan yang lain sebagai kambing hitam mereka untuk menampakkan bahawa UMNO ini sebuah parti yang sangat tidak boleh dipercayai dan perlu diranapkan kepimpinan mereka, mereka memilih Annuar Musa kerana ketika ini beliaulah yang paling lantang dan banyak mendedahkan kepincangan puak pembangkang yang di kepalai oleh DAP.

Selain menfitnah isu pelaburan Tabung Haji dan FELDA, mereka juga giat menfitnah isu pelaburan MARA yang kononnya dikatakan berlaku ketika era kepimpinan Tan Sri Annuar, seperti pelaburan MARA dalam pembelian hartanah di Australia.

Didalam ceramah-ceramah mereka, sudah pastinya di hujung-hujung kampong yang kurang pendedahan malahan mungkin ada yang tidak tahu apa yang sebenar yang berlaku, isu ini menjadi tajuk utama mereka yang jelas mahu menghasud pemikiran orang kampong untuk mempercayai apa sahaja yang mereka sampaikan.

Oleh itu anak-anak kepada peneroka, pekebun atau nelayan yang berada di bandar atau yang mudah mendapatkan maklumat harus menyampaikan kepada ibu ayah mereka akan kebenaran dan tidak membiarkan ibu ayah mereka terbelengu dengan cerita yang tidak benar, kerana ketika ini puak pembangkang akan berpaut pada apa sahaja walaupun pada seketul taik untuk menyelamatkan nyawa politik mereka.

Demi mahu menyelamatkan pakatan pembangkang yang kini sudah tidak lagi di percayai, mereka sanggup mencipta segala cerita dan menyebarkan fitnah bagi menyelamatkan diri dan mencari tapak untuk bernafas kembali termasuk menjaja isu-isu yang melibatkan agensi kerajaan Barisan Nasional.

Dalam isu pembelian harta tanah di Australia oleh MARA, ianya telah berlaku sebelum Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusinya, ini memberi makna bahawa ianya berlaku sebelum Annuar Musa dan mungkin yang terlibat adalah mereka yang sebelumnya.

Sedangkan Tan Sri Annuar yang telah meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat akan kepincangan pembelian hartanah tersebut, malah Tan Sri sendiri telah ke pejabat SPRM untuk memberi maklumat yang diperlukan.

Untuk makluman, tidak ada satu pun transaksi pembelian atau urus niaga dilakukan pada era kepimpinan Tan Sri Annuar sebalinya ianya berlaku ketika MARA dibawah kepimpinan sebelumnya, sila lihat carta kepimpinan termasuk Menteri yang mewakili MARA, namun apa yang jelas seperti yang dinyatakan awal tadi, ialah tujuan mereka menyerang Tan Sri Annuar bersebabkan kelancangan beliau menyerang parti pembangkang kebelakangan ini.

Malah Tan Sri Annuar juga telah berjaya menggagalkan beberapa percubaan dan cadangan untuk perkongsian perniagaan hartanah milik MARA yang datangnya bukan sahaja dari individu tertentu malahan dari pihak yang berkepentingan yang kini telah pun berada di luar parti UMNO.

Ini termasuk didalam isu melobi untuk pembangunan hartanah seperti di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pembangunan hartanah Anggerik Mall, di Shah Alam dan di beberapa tempat lagi yang berjaya dihalang dari jatuh ketangan mereka yang rakus untuk merebut kekayaan, maka dengan ini menjadi punca mereka mula berkonspirasi mahu menyingkirkan Tan Sri Annuar Musa.

Bagi Tan Sri Annuar beliau berpandangan sikap atau penyakit orang dalam yang mahu berniaga dengan harta serta kekayaan kerajaan seharusnya dibenteras dan tidak diberi muka, malah didalam isu MARA, Tan Sri Annuar sendiri yang mahukan satu siasatan Odit Luar dan Forensic diadakan bagi menjamin ketelusan setiap urus niaga yang sahingga kini belum lagi dilaksanakan.

Begitu juga dengan isu kepincangan yang berlaku di FELDA, perkara tidak amanahnya mereka yang mahu mengaut kekayaan adalah soal orang dalam dan bukannya soal kepimpinan parti UMNO, sedangkan yang mendedahkan kepincangan juga adalah pemimpin UMNO, ini memberi erti bahawa UMNO tidak bersekongkol dengan mereka yang gilakan kuasa dan rakus merobek kekayaan negara.

Tidak seperti puak pembangkang yang sanggup menyembunyi dan membela pemimpin mereka yang terang-terang melakukan rasuah, melakukan maksiat malah sanggup membela mereka yang telah terbukti bersalah di mahkamah sahingga sanggup mengadakan demontrasi jalanan dan menghasud rakyat dengan menuduh kerajaan sebagai zalim dan pemimpin mereka yang bersalah dikatakan sebagai satu konspirasi politik.

Perlu juga dimaklumkan kepada pentadsub puak penyebar fitnah ini bahawa isu pelaburan MARA di Australia telah lama diselesaikan sebaik sahaja kepimpinan Tan Sri Annuar meluluskan rasionalisasi MARA, malah beberapa assets di Australian telah dijual dengan keuntungan dan semua pinjaman MARA di Australian telah dilansaikan.

Malah pada ketika ini MARA yang hanya memiliki dua sahaja assets yang masih berada di Australia tanpa hutang dan kesemuanya memberi keuntungan dan pulangan yang sangat positif jadi cakap-cakap pembangkang berhubung dengan hartanah di Australian ini bolehlah di kuburkan, seperti mana pesan guru-guru tua bahawa jika datang cerita yang berupa fitnah dan tidak jelas maka kuburkan dan kambus rapat-rapat sahaja cerita berkenaan.

Perlu di ingatkan kepada puak pembangkang yang masih percaya kepada cerita dongeng pemimpin mereka bahwa di era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa menerajui MARA, tiada satu pun pembelian aset diluar negara, tiada berlakunya perjanjian kerjasama diantara MARA dengan syarikat luar MARA.

Malah beliau sendiri telah berjaya menghalang penyalah guna kuasa orang-orang tertentu yang mahu menguasai harta MARA.

Jadi jelaslah disini serangan pembangkang terhadap Ketua Penerangan UMNO, yang di sandang oleh Tan Sri Annuar Musa adalah bertujuan untuk memperlahankan serangan UMNO kepada puak pembangkang yang dilihat tidak mampu di tanggung oleh puak pembangkang yang kian terdedah pekong busuk mereka.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan