MCA - DAP Gagal Dalam Cubaan Merosakkan Hubungan Parti Komponen Barisan Nasional

Gagal menunjukkan tauladan yang baik sebagai pemimpin dan kemudiannya mengalihkan kepada seteru atau musuhnya adalah perkara biasa didalam kepimpinan tidak kira persatuan, NGO mahu pun parti politik atau kerajaan.

Begitulah yang berlaku kepada kepimpinan parti DAP yang gagal menguruskan negeri dengan baik tetapi menutup isu kepincangan negeri mereka kepada isu yang tiada kena mengena dengan pengurusan parti mereka.

Seperti mana tuduhan kepimpinan parti DAP yang membuat kenyataan dan tuduhan bahawa MCA, parti bagi kaum Cina yang juga anggota komponen parti Barisan Nasional, parti kedua terbesar selepas UMNO, dikatakan telah menyokong Islam gara-gara UMNO menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan perkara sebenarnya adalah, kerjasama PAS dan UMNO adalah berdasarkan ta'awun ia ini bekerjasama dalam perkara kebaikan dan tidak bersama dalam perkara kejahatan, nampak sangat pemimpin DAP gentar bila PAS membuat hubungan dengan UMNO.

Kerana pemimpin DAP tahu akan kekuatan parti PAS yang telah membantu pembangkang memenangi beberapa kerusi parlimen dan ADUN sahingga berjaya menawan beberapa negeri dan mereka sedar bahawa jika PAS terus bekerja sama dengan UMNO maka akan menyukarkan puak pembangkang yang diketuai oleh DAP untuk menawan Malaysia.

Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA telah menemplak kenyataan pemimpin DAP berhubung kenyataan hubungan UMNO - PAS dan menjelaskan bahawa PAS bukanlah parti komponen didalam Barisan Nasional sekaligus menafikan kerjasama politik tersebut.

Sebaliknya DAP seperti pasangan 'gila talak' yang masih merindukan PAS, kerana mereka sedar tanpa kekuatan PAS telah membantutkan harapan pembangkang untuk berkuasa di Malaysia.

Malah Datuk Seri Wee juga mengingatkan pemimpin pembangkang terutama DAP bahawa merekalah yang sebenarnya telah bekerja sama dengan parti PAS, sebagai contoh lihat sahaja pentadbiran kerajaan negeri Selangor dimana wakil PAS masih berada sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Tujuan pemimpin DAP membangkitkan isu kerja sama UMNO/PAS adalah bertujuan menanam rasa benci dan perkauman terhadap MCA yang dikatakan kian hari semakin mendapat sokongan masyarakat Cina negara ini, setelah mereka diperdaya oleh pembangkang DAP yang bijak memainkan isu perkauman.

Pembangkang memperbesarkan hubungan UMNO/PAS bila mana kedua parti besar orang Melayu dan Islam ini bersatu didalam menyatakan bantahan dalam isu Rohingya, isu pembentangan rang Undang-Undang 355 (RUU355) serta yang terbaharu adalah bersama didalam membantah saranan Presiden Amerika yang mahu menjadikan Baitulmaqis sebagai ibu kota Israel.

Bagi mengalih ketakutan mereta terhadap terjalinnya hubungan UMNO/PAS maka pembangkang DAP telah membuat tuduhan bahawa MCA telah menjadi talibarut didalam penyatuan orang Melayu dan mendesak parti MCA untuk keluar dari menjadi komponen parti Barisan Nasional.

Tujuan ini adalah tidak lain hanya mahu melemahkan dan merenggangkan hubungan serta semangat setia kawan yang terujud didalam parti Barisan Nasional sejak sekian lama, tidak seperti parti pembangkang yang hanya bercakap soal penyatuan tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bersatu dalam apa juga isu.

Benarlah kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Wee bahawa pemimpin pembangkang terutama DAP sangat gusar dengan penolakkan kaum Cina terhadap parti mereka yang pernah diberi kepercayaan tetapi telah mengabaikan pengundi mereka, maka dengan itu mereka mahu mengalihkan perhatian dengan cubaan memecah-belahkan hubungan baik MCA dan Barisan Nasional.

Mereka (DAP) yang mahu berhubung dengan PAS tetapi mahukan MCA berpisah dengan UMNO.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan