MCA - 2018 Cabaran Hebat Buat Parti

Ketibaan tahun baharu sudah pastinya akan di sambut dengan semangat dan azam baharu untuk memperbaiki kesilapan, kelemahan yang telah berlaku, atau sepaling tidak cuba menambah baik dan mengulangi apa-apa yang telah berjaya dilakukan pada tahun sebelumnya.

Bagi parti MCA, melupakan sejarah hitam kegagalan mempertahankan banyak kerusi parlimen dan DUN pada pilihan raya umum ke 13 adalah menjadi matlamat utama parti tersebut dengan bertindak bersiap-siaga dan memperkemas jentera parti untuk berhadapan dengan pilihan raya ke 14 nanti yang dijangka berlaku pada tahun 2018.

Oleh itu menyenaraikan nama calon yang diyakini mampu memang dan bersaing sedari awal adalah persiapan yang telah dirangka oleh kepimpinan parti untuk memastikan setiap calon yang bakal bertanding dapat menyiapkan diri untuk berhadapan dengan lawan dan pengundi.

Turun padang dan menghampiri pengundi pada setiap detik adalah satu kerangka strategi parti untuk memperlihatkan bahawa MCA sentiasa sedia berkhidmat tidak mengira masa dan tidak juga hanya ketika berlakunya pilihan raya.

Jentera parti MCA mahu dilihat sentiasa ada memberi berkhidmat kepada rakyat ketika senang mahu pun ketika ditimpa musibah, terutama bagi kaum Cina dimana nasib mereka yang kini terabai oleh wakil rakyat yang mereka pilih dari pembangkang terutama DAP dimana mereka lebih banyak berpolitik dari turun padang bersama membantu rakyat yang dalam kepayahan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Presiden parti MCA, melihat tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar bagi parti itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan memperlihatkan kesungguhan mereka untuk memenangi dari setiap sudut hati pengundi.

Sudah pastinya kehadiran tahun 2018 yang juga dikenali sebagai Tahun Anjing yang bersifat pelindung kepada tuannya, bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh parti MCA untuk mengembalikan keyakinan pengundi ia ini 'Tuan' yang bakal menentukan siapa yang bakal menjadi pemimpin dan wakil kepada mereka.

Diantara komitmen yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan parti MCA ialah memperbanyakkan aktiviti turun padang dan bersama-sama dengan setiap aktiviti kemasyarakatan serta saling menghulurkan tangan membantu mereka yang berada didalam kesukaran ketika ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Tanpa mengira fahaman politik, jentera parti MCA tetap turun memberi bantuan seperti mana yang ditunjukkan ketika peniaga Pasar Besar di Seremban terlibat dengan kebakaran dan penduduk Pulau Pinang yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, para peniaga yang mengalamai kerugian dan kesukaran juga telah diberi bantuan, termasuk kepada mereka yang baharu dan serius mahu menceburkan diri dalam perniagaan melalui inisiatif penubuhan unit pembangunan PKS dan mikro kredit (Same) yang diusahakan oleh MCA.

Untuk memastikan setiap impian kaum Cina untuk memajukan perniagaan mereka Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukkan khusus dari kerajaan untuk membantu peniaga kaum Cina melalui Skim Pinjaman PKS kaum Cina yang diusahakan oleh parti MCA.

Ini termasuk memberi bantuan kepada penduduk Kampung Baru Cina khususnya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam membiayai perniagaan kecil, seperti mana yang di usahakan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mahu melihat peningkatan dan kecekapan peniaga kecil dari kaum Cina negara ini.

Bukan mudah untuk MCA mengembalikan keyakinan rakyat khususnya para pengundi untuk kembali memberi sokongan kepada parti berkenaan setelah rakyat diperdaya dengan fitnah dan tipu helah pembangkang yang berjaya meracuni fikiran rakyat sahingga sanggup mengadaikan masa hadapan mereka.

Berbekalkan gerak kerja dan keyakinan jentera pekerja parti, komited, fokus dan turun padang menyantuni rakyat dan pengundi diyakini MCA mampu meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum ke 14 kali ini.

Sudah pastinya kedatangan tahun baru 2018 sangat mendebarkan, kerana harapan besar rakyat serta ahli dan pemimpin MCA adalah untuk melihat MCA terus kekal berada di arena politik tanah air dan membantu Barisan Nasional untuk menguasai kedudukan 2/3 didalam parlimen.

Selamat menyambut tahun baru 2018.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan