SPAD - Amanah Dan Iklas Adalah Prinsip Dalam Pengendalian Pengangkutan Awam

Melahirkan se seorang yang jujur dan komited dengan kerjaya yang diceburi bukanlah sesuatu yang mudah, apalagi jika melibatkan amanah dan kejujuran, namun sejak akhir-akhir ini gulungan mereka yang jujur dalam berkhidmat kian bertambah.

Mungkin perubahan dan pendedahan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahukan setiap pengendali pengangkutan awam perlu menyediakan pemandu bukan sahaja cekap mengendalikan kenderaan mereka malahan mereka juga perlu bebas dari pengaruh dadah dan jenayah.

Pemeriksaan mengejut yang sering dilakukan oleh pihak SPAD beserta dengan beberapa agensi kerajaan yang lain dengan tujuan pengendali, pemandu kenderaan melaksanakan apa-apa yang telah di rencanakan oleh SPAD di patuhi sepenuhnya tanpa kompromi.

Kita biasa mendengar banyak serbuan yang dilakukan oleh pihak SPAD terhadap pemandu baik teksi mahu pun bas yang cuai melaksanakan tanggung jawab mereka terhadap pelanggan, ini termasuk mereka yang menipu pelanggan mereka serta bertindak ganas.

Kes-kes jenayah yang melibatkan pengunaan dadah juga tidak kurang mendapat perhatian pihak SPAD yang bekerjasama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bersungguh-sungguh mahu memulihkan imej pengangkutan awam di negara ini agar dihormati dan bukan lagi dicemuh sebagai lintah darat.

Maka tidak hairanlah jika hari ini ramai pengendali dan pemandu pengangkutan awam yang mula mendapat perhatian pihak media kerana kejujuran mereka terhadap pengguna atau penumpang kenderaan mereka seperti memulangkan barang berharga milik penumpang, seperti bag duit, talefon bimbit malah barang berharga yang lain.

Tindakan pengendali kenderaan awam yang mengembalikan barangan yang tertinggal didalam kenderaan yang mereka naiki adalah satu sikap terpuji yang berjaya di didik oleh pihak SPAD, malah tindakan pemandu yang tidak mengharapkan apa-apa balasan sangatlah membanggakan bukan sahaja pihak SPAD malahan negara.

Diharapkan sikap amanah, keikhlasan, serta sentiasa mengutamakan penumpang akan menjadi ikutan bagi setiap mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia pengangkutan awam dan harus dijadikan prinsip hidup sebagai pengendali atau pemandu kenderaan awam.

Semoga imej pemandu kenderaan awam di negara ini kembali pulih di mata masyarakat dunia yang menjadikan pengangkutan awam sebagai mod pilihan mereka ketika berada di negara ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan