Berpadalah Berbohong Di Tahun 2018 Nanti

Gambar sekadar hiasan

Alhamdullillah, 2017 telah meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan, pelbagai cabaran untuk di tempuhi dan dengan pelbagai impian yang telah dipenuhi atau masih ada lagi perkara-perkara yang tertinggal dan berbaki untuk dipenuhi pada tahun 2018 nanti.

Cakap-cakap dan pesan berpesan orang-orang lama, sejarah harus di ingat dan pengalaman lalu perlu di intai agar menjadi panduan untuk meneruskan cabaran dimasa mendatang, belajar dari pengalaman lalu untuk peningkatan masa hadapan sangatlah besar panduan dan nasihat mereka.

Sejarah terpahat di malam sambutan tahun baru di mana pengguna jalan raya meraikan penghapusan pintu TOL di beberapa lebuh raya termasuk di Batu Tiga dan Sungai Rasau yang terletak di negeri pembangkang, Selangor Darul Ehsan, yang di usulkan oleh kerajaan Barisan Nasional, namun yang terlebih soraknya adalah penyokong pembangkang.

Begitu juga dengan beberapa pintu TOL terpilih selainnya di beberapa negeri yang diumumkan didalam belanjawan 2018 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, pada Oktober 2017 lalu, semua rakyat meraikan pembebasan TOL, yang memberi makna tamat sudah belenggu bayaran TOL yang telah terpacak berpuluh tahun lamanya.

Sebetulnya puak pakatan pembangkang bunga raya turut mengadakan perhimpunan dan Mesyuarat Agung mereka, yang mendapat perhatian setiap pemain media sosial, jika sebelum ini, parti UMNO adalah sebuah parti yang akan menutup tirai setiap tahun dengan perhimpunan mereka yang dikenali dengan nama PAU atau Perhimpunan Agung UMNO atau Pemilihan Agung UMNO.

Dengan cara berpakaian yang serba merah sama seperti persidangan dan perhimpunan Agung UMNO seolah-olah mereka mahu menyaingi UMNO didalam memeriah suasana, mungkin kerana kebanyakan dari mereka adalah bekas ahli kepada parti UMNO, sedikit sebanyak mahu atau tidak mereka terpaksa menumpang semangat UMNO, kerana Merah dan UMNO seperti pasangan yang tidak dapat dipisahkan.

Kita tidak pernah melihat parti-parti pembangkang yang mengadakan aktiviti, baik ceramah, perhimpunan atau muktamar mereka dengan berlatar belakangkan warna merah, Baik PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan beberapa parti yang ujud di negara ini, dan mereka merasa ganjil jika terdapat kain hamparan atau banting yang berwarna merah.

Cubalah memakai baju Melayu warna merah di perhimpunan PKR atau Muktamar PAS, maka adalah mata-mata yang akan menjeling tajam ke arah kita dengan pandangan curiga.

Seperti mana pesan orang lama, memandang kebelakang adalah baik untuk kita belajar dari sejarah tetapi tidak semestinya kita mahu kembali kearah atau ke era zaman itu kerana mungkin kehidupan kita hari ini mungkin lebih baik dari sejarah yang diceritakan.

Seperti seorang yang berpendidikan di era Dato' Seri Najib tetapi sering menginginkan kehidupan di zaman Mahathir yang dikatakan lebih baik dari apa yang dialaminya hari ini, namun tidak seperti apa yang dikatakan, kerana mereka sendiri tidak mempratikkan cara hidup di zaman Mahathir.

Mereka mungkin tidak sedar ketika di zaman Mahathir, mungkin ketika itu mereka baru berumur bawah 10 tahun atau mungkin baru sahaja lahir dan membesar tanpa mengetahui kepayahan ibu bapa membesarkan mereka dengan pelbagai kepayahan, mungkin ketika itu mereka tidak sedar bahawa pada ketika itu mereka menggunakan lampin pakai semula @ recycle, yang mana ibu bapa akan mencuci lampin tersebut selepas beberapa kali menghimpun segala najis besar dan kecil.

Berbeza dengan kehidupan mereka hari ini, dimana anak-anak mereka mungkin tidak mengenali lampin kain ulang pakai kerana mereka diperkenalkan dengan lampin pakai buang yang mana ianya harus dibeli dan bukan murah harganya dan ianya sudah menjadi 'trendy' hari ini, mungkin mereka yang berjaya hari ini terlupa berapa kali agaknya mereka dapat menikmati makanan segera seperti McD atau KFC dan setarafnya.

Tetapi hari ini anak-anak tanggungan mereka boleh menikmati malah sentiasa disogok dengan makanan mewah segera ini yang kesemuanya akan mendatang kos tambahan sara hidup mereka tanpa disedari, tetapi segala permasalah perbelanjaan dan sara hidup mereka ini dibebankan dan disalahkan kepada kerajaan dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Mereka sendiri tidak mengikut corak kehidupan ibu bapa mereka di zaman Mahathir, lihat sahaja pakaian mereka, mungkin mereka akan terasa gatal gatal badan jika memakai pakaian yang pernah ibu bapa mereka belikan di kedai Ah Chong, atau memakai kasut jenama Fung KeYong, tetapi merasa bangga dengan jenama yang di import yang sudah pasti harganya mencengkam poket.

Mereka sering melaungkan kehidupan di zaman Mahathir tetapi mereka tidak melakukan cara kehidupan di era Mahathir, tetapi sering memperkatakan bahawa kehidupan di zaman Mahahtir adalah lebih baik, tetapi tidak ada satu pun tauladan yang mereka bawa kepada anak-anak mereka hari ini.

Boleh sahaja ditanyakan kepada mereka ini, di zaman Mahathir berapa kalikah keluarga mereka membawa mereka melancung keluar negara atau setidak-tidaknya melancung didalam negara seperti Langkawi di Kedah atau ke Desa Rhu di Kota Tinggi Johor, kecuali mereka yang di kategorikan sebagai Bangsawan atau Orang Ada-Ada.

Kebanyakannya yang kita dengar hari ini ialah begitu ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka mengerjakan Umrah atau melancung keluar negara atas tajaan anak mereka yang menerima pendapatan hasil dari kemakmuran dan kemasyuran negara dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib.

Malah ada yang berbangga menunjukkan gambar mereka ketika bercuti diluar negara sekeluarga sambil bermain salji yang bukan calang-calang orang boleh bercuti ke tempat begini pada era Mahathir, mereka jugalah yang merungut akan kos sara hidup yang tinggi tanpa rasa bersalah dengan gaya hidup mereka.

Anak-anak hari ini bukan sahaja disogok dengan pebagai kemewahan malah disogokkan juga dengan budaya kurang ajar dan tidak dikenalkan dengan budaya orang timur sepenuhnya sehingga ada anak-anak hari ini yang tidak kenal erti syukur, sahingga tidak dapat membezakan erti kufur.

Tanya mereka ini, di masa mereka membesar di zaman Mahathir adakah ibu bapa mereka membelikan atau mereka sudah memiliki kenderaan seperti kereta atau setidak-tidaknya sebuah motorsikal untuk kesekolah atau mereka terpaksa menghabis dan melusuhkan tapak kasut kerana berjalan berkilo meter atau berbatu-batu untuk ke sekolah.

Berbeza dengan kehidupan yang di anjurkan mereka yang sentiasa mengenang zaman Mahathir, anak-anak kesekolah sudah menaiki bas yang disediakan oleh mak bapak, paling tidak ramai dikalangan mereka anak-anak bersekolah sudah memiliki motosikal atau paling cekai sebuah basikal untuk ke sekolah malahan ada juga yang sudah berkereta.

Demi memburukkan kepimpinan Dato' Seri Najib mereka sanggup mencipta reka apa sahaja asal niat mereka menjadi halal.

Begitu juga dengan isu 1MDB yang telah lama di padamkan dari sembang-sembang media sosial namun masih ada mereka-mereka yang kesempitan isu sanggup membangkitkan semula isu 1MDB ini atas nama mahu melihatkan pemimpin negara terpalit dengan cerita mereka, malah ada yang berani mengatakan pengurusan 1MDB tidak begitu bijak menangani permasalahan badan korperat itu.

Tetapi yang nyatanya mereka ini pun tidak diambil bekerja dengan 1MDB walaupun mereka mengaku mereka lebih bijak dari pengurusan sedia ada, mereka tidak sedar bahawa mereka ini tidak lebih dari kangkong yang hidup menumpang tepi longkang sahaja.

2017 menampakkan kebangkitan dan kemunculan bersungguh-sungguh pemimpin politik yang mengunakan media sosial sebagai salah satu cabang untuk mereka berkomunikasi dengan penyokong atau paling tidak menunjukkan aktiviti mereka, sebagai bukti bahawa mereka melakukan kerja untuk pengundi dan rakyat secara keseluruhannya.

Jika di imbau dari seawal tahun 2017 banyak cerita-cerita berhubung kait dengan pemimpin dan ahli politik yang menjadi perhatian rakyat selain cerita segelintir artis terlajak bijak yang mendedahkan kebodohan mereka dikhalayak ramai sahingga mendedahkan tahap kecerdikkan mereka yang bijak di layar perak tetapi sebenarnya tidak sebijak mana pun.

Begitu juga dengan garapan mereka yang mengatakan negara akan muflis dan bankrap, seperti Pak Nujum yang meramal malah lebih berat dari itu mereka menuduh perkara yang samar-samar, apa yang pasti ekonomi negara kian baik dan ini diakui oleh BNM yang menyatakan bahawa kewangan negara kian stabil berbanding dengan dolar AS.

Bukan itu sahaja, negara juga telah menunjukkan peningkatan pelbagai kejayaan yang sangat-sangat tidak dijangka malah Perdana Menteri sendiri telah menyifatkan kejayaan ekonomi dan pelaburan negara tahun ini sebagai tahun yang membawa banyak pencapaian melalui beberapa tranformasi yang di ilhamkan.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib pastinya tidak dapat menyembunyikan rasa gembira beliau, kerana impian untuk melihat seluruh rakyat Malaysia mendapat nikmat dari kemajuan negara sudah hampir dapat disempurnakan.

Oleh itu bagi meneruskan apa yang masih tertinggal pada tahun 2017, hendaklah kita semua sebagai rakyat terus menerus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan hari ini untuk terus bangkit dan berdepan dengan cabaran tahun 2018, tidak salah untuk menoleh kebelakang, tetapi kita tidak seharusnya memundurkan diri sahingga ketinggalan dari harus kemodenan.

Diharapkan tahun 2018 akan membawa seribu kesejahteraan dan membawa titik kesedaran kepada pendusta-pendusta politik agar tidak terus menerus membuat nista, berpadalah didalam berbohong kerana kesan mudaratnya sangat hebat.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!

 

Oleh - Obey-One


Sumber - postmetro.online

Post Metro Online

Artikel Berkaitan