Kesepakatan MCA dan Gerakan Gusarkan Pembangkang DAP

Benar seperti pepatah Melayu yang berbunyi "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh", ia mengambarkan betapa pentingnya untuk kita ini hidup bersatu padu dalam aman dan harmoni, kerana dengan bersatu kita mampu mencipta sesuatu yang adakalanya kita sendiri tidak menjangkanya.

Pepatah ini bukan sahaja di guna pakai hanya pada kaum Melayu sahaja, malahan kaum-kaum lain di negara ini juga turut mengunak pakai pepatah ini melalui lenggok bahasa dan kefahaman mereka, itulah uniknya Malaysia yang dihuni oleh pelbagai bangsa, kaum dan etenik serta pelbagai budaya dan pegangan agama.

Begitu juga dengan perjuangan politik yang mana bila kita bersatu dan berpakat, maka agak sukar untuk pihak lawan memperkotak-katikkan usaha yang dilakukan sahingga terpaksa mencipta finah dan propaganda untuk memusnahkan kesatuan didalam sesuatu kumpulan atau parti.

Begitulah yang dilakukan oleh DAP terhadap parti MCA dan Gerakan dimana ketiga-tiga parti ini adalah dikenali sebagai parti yang mewakili kaum atau masyarakat Cina di negara ini, namun segala usaha dan kebaikkan parti yang memihak kepada kerajaan Barisan Nasional sering kali di momokkan oleh pembangkang dengan pelbagai fitnah sahingga masyarakat Cina termakan dengan hasutan dan menolak parti MCA dan Gerakan yang selama ini membawa kemakmuran kepada kaum Cina negara ini.

Namun apa yang terjadi pada Pilihan Raya Umum ke 12 dan ke 13 telah memberi pengajaran kepada masyarakat Cina bahawa, mempercayai kata-kata nista dan fitnah ciptaan pembangkang telah membawa kemusnahan dan melambatkan kemajuan yang sepatutnya telah mereka terima seperti mana masyarakat Cina yang memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional melalui parti MCA mahu pun Gerakan.

Atas kesedaran itu dan dengan semangat ingin kembali pulih dan memulihkan keyakinan masyarakat serta kaum Cina khususnya maka satu pemaufakatan telah di meterai diantara MCA dan parti Gerakan, tujuannya adalah bagi mengkaji keperluan dan kekurangan parti yang mereka wakili agar nasib masyarakat Cina terus terbela dan tidak lagi di bodohkan oleh pihak pembangkang yang akhirnya membawa kepada kemusnahan kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Seperti mana yang di ungkapkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bahawa kerjasama yang mereka bina ini bukan sekadar laungan didalam dewan perhimpunan sahaja serta bersifat retorik, tetapi kerja sama ini akan di teruskan sahingga mencecah akar umbi dengan tujuan untuk membina semula masa depan rakyat khusnya kaum Cina dalam negara ini.

Malah Presiden parti Gerakan, Datuk Sri Mah Siee Jiong pula berkata bahawa gabungan dan kerjasama kedua parti besar mewakili kaum Cina ini tidak akan lagi memberi bermasalah dan berbalah sesama sendiri sebaliknya akan berjalan seiring tanpa berlakunya perkara sabotaj dan khianat di antara kedua pengikut parti.

Kerja sama ini dilihat sangat mengerikan bagi parti pembangkang terutama DAP yang selama ini telah mengabaikan masa depan pengundi yang telah memilih mereka pada PRU ke 12 dan 13 yang lalu atas dasar termakan pujuk rayu dan fitnah yang mereka sebarkan dengan tujuan untuk memenangi pilihan raya sahaja, soal nasib dan pembelaan kepada pengundi tidak pernah mereka fikirkan.

Kita pasti tindakkan bersatu dan bersepakat yang dilakukan oleh MCA dan Gerakan sudah pasti akan memberi kesan kepada pembangkang dan sudah pasti mereka tidak akan duduk diam untuk memecahkan keyakinan masyarat Cina terhadap kesungguhan parti MCA dan Gerakkan, mereka pasti akan mereka-reka cerita fitnah baharu dengan tujuan dapat mengurangkan keyakinan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Persediaan MCA dan Gerakan dalam mendepani fitnah yang akan dibawa oleh pembangkang sangat membanggakan kedua ahli parti yang bersemangat untuk turut membantu kepimpinan mereka berhadapan dengan puak pembangkang yang diketuai oleh parti DAP.

Keyakinan mereka ialah terhadap susunan gerak kerja yang bakal memberi keyakinan kepada pengundi khususnya kaum Cina yang kini dilihat lebih yakin untuk kembali memberi sokongan kepada parti MCA, Gerakan serta lain-lain parti yang mewakili Barisan Nasional.

Pengalaman yang dirasai dan dialami di negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menjadi pengajaran kepada rakyat untuk kembali menilai akan kesungguh kerajaan Barisan Nasional berbanding dengan kerajaan pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Kita yakin bahawa masyarakat Cina di negara ini telah sedar akan kepincangan yang dibawa oleh pakatan pembangkang dan DAP didalam mentadbir urus negeri serta rakyat, dan peluang memilih semula kepimpinan pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti sudah pasti akan mereka gunakan sebaiknya untuk tidak mengulangi kesilapan mereka di masa yang lalu.

Di yakini rakyat khusus kaum Cina pasti akan kembali memberi sokongan kepada MCA dan Gerakan yang dilihat begitu 'konsisten' didalam memberi bantuan dan membawa kemajuan walaupun mereka bukan dari kalangan wakil rakyat yang terpilih pada pilihan raya yang lalu.

Semoga kesatuan dan kesepakatan kedua parti besar bagi kaum Cina, ia ini MCA dan Gerakan akan membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan, kerana tiada rakyat yang mahukan dan kembali kepada kemunduran, rakyat negara ini lebih memilih untuk hidup didalam harmoni dan aman.

Rakyat tidak lagi mahu bersama dengan mereka yang bijak bercakap politik tetapi tidak bijak membawa kemakmuran, perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat didalam negara Malaysia.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan