SPAD - Tiada Pilih Kasih Terhadap Pengendali Dan Pemandu Kereta Teksi

Tindakan Segelintir pengusaha dan pemandu teksi yang memberi ugutan kepada kerajaan bahawa mereka tidak akan memberi sokongan dan sebaliknya akan bersama dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti adalah satu tindakan paling haprak.

Mereka sudah mula mahu meniru tindakan NGO seperti pertubuhan Dong Jiao Zong yang sering mengambil kesempatan dengan mengugut kerajan dengan tuntutan yang tidak releven untuk di tunaikan oleh kerajaan.

Tuduhan bahawa kerajaan lebih memberi perhatian kepada pemandu Uber dan Grabcar adalah satu tuduhan yang mahu menutup kelemahan sendiri, rata-rata rakyat khususnya yang mengunakan pengangkutan awam berpendapat bahawa pemandu teksi di negara ini sangat beruntung.

Manakan tidak, dengan pelbagai bantuan dan skim yang disediakan khusus untuk pengusaha dan pemandu teksi membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memeri perhatian kepada pengendali dan pemandu teksi yang tidak diberikan kepada Uber dan Grabcar, perkara yang sering dilupakan oleh pemandu teksi.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diberi tanggungjawab untuk mengembalikan dan meningkatkan imej pengendali kereta teksi setelah mengalami pelbagai isu dan aduan buruk dari penguna telah membuat pelbagai program khusus untuk kereta teksi serta bas ekpress dengan tujuan untuk mentranformasikan mutu kenderaan awam dinegara ini.

SPAD juga telah mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi termasuk memperkenalkan program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dengan tujuan untuk meringankan beban kos penyenlegaraan yang terpaksa di tanggung oleh pemandu teksi, tetapi ramai yang kita tahu ada segelintir menjual bantuan yang diberikan untuk mendapatkan wang tunai secara segera, selain itu bantuan skim insurans perlindungan kemalangan juga diberikan kepada pemandu teksi yang tidak diberikan kepada pemandu Uber atau Grabcar.

Jadi dimanakah tuduhan kumpulan pemandu teksi dan pengendali yang menyatakan bahawa kerajaan memberi sokongan kepada pemandu Uber dan Grabcar.

Malah kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan dan mengalakan agar pemandu teksi menyertai perkidmatan sistem e- hailling dengan tujuan agar mereka dapat bersaing dengan pemadu Uber dan Grabcar dalam persaingan mendapatkan pelanggan melalui dunia komunikasi dan internet dengan pengunaan telifon pintar.

Soal memberi kebenaran beroperasi kepada kereta Uber dan Grabcar ianya berlaku diatas kehendak dan desakkan penguna kenderaan awam sendiri yang sudah jelak dengan perangai segelintir pemandu teksi yang bertindak keterlaluan dan sering menyalah gunakan perkhidmatan teksi sebagai tempat mereka memeras ugut penguna atau pelanggan teksi.

Memberi sokongan kepada pembangkang itu adalah hak mereka sebagai rakyat yang hidup di negara ini, namun selama ini adakah mereka mendapat bantuan dari pihak pembangkang bagi menyelesaikan masalah mereka.

Kepada setiap pemandu teksi harus berfikir dengan waras dan tidak mengikut nasfu semata-mata.

Pemandu teksi harus sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional sudah terlalu banyak memberi kemanjaan kepada pengendali dan pemandu teksi, apa yang perlu adalah mereka mengubah sikap mereka untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah dan amanah menjalankan tugas mereka.

Tidak perlulah mengikut contoh mahu mengugut kerajaan, kerana hujungnya pemandu teksi juga yang akan kerugian.

 

Post Metro Online

Artikel Berkaitan