Dungu Atau Mainan Politik

Bertahun mereka berperang dengan pelbagai cara termasuk melakukan perkara yang boleh dikatakan tindakan 'membodohkan diri' semata mahu menentang sistem demokrasi yang terbentuk didalam negara ini melalui Raja Berpelembagaan dan Parlimen.

Bertahun mereka menahan diri dari kezaliman 'Mahafiraun' yang mereka gelarkan kepada Mahathir Mohamad yang dikatakan bertindak zalim, diktator yang menyalahgunakan kuasa menyekat pelbagai kebebasan rakyat termasuk hak bersuara sahingga terbentuknya kepimpinan 'kuasa rakyat', yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membangkitkan semangat menentang Mahathir atas nama reformasi.

Digelarkan mereka-mereka yang turut bersama menentang Mahahtir dengan pelbagai gelaran termasuk Puteri Reformasi, mengelar mereka yang ditahan dibawah ISA sebagai mangsa kekejaman Mahazalim yang akhirnya membabitkan nama UMNO dan Barisan Nasional.

Siapa yang tidak kenal Nurul Ezzah yang mendapat jolokkan sebagai Puteri Reformasi yang sanggup bercuti belajar semata mahu bersama kumpulan penentang Mahahtir bagi menyelamatkan maruah keluarga Anwar Ibrahim, yang dikatakan telah diaibkan, ditelanjangkan dengan pelabagai kezaliman serta difitnah sebagai seorang peliwat.

Ramai keluarga adik-beradik, saudara-mara, ipar-duai dan sahabat handai yang terpisah gara-gara mahu mempertahankan tindakan Mahathir memecat Anwar atas tuduhan salah laku dan moral yang tidak baik, yang berkeras hati dan termakan dengan cakap baik Anwar sudah pasti mengikut Anwar dan yang setia pasti bersama Mahathir.

Berpunca dari pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 bermulanya gerakan bangkit 'rakyat' menentang kezaliman Mahathir bukan satu jangka masa yang pendek, para refomis penyokong Anwar bergelumang noda, bermain dengan pancutan 'water canon' yang memedihkan mata dan memberi kesan gatal pada badan, sesak nafas akibat teperangkap dalam bomp asap serta hayunan cota Polis Simpanan Persekutuan atau FRU, pasti tidak mudah dihilangkan dari ingatan.

Ditahan didalam 'lock up' polis adalah perkara biasa bagi melambatkan gerakan 'rakyat' yang sedang berkobar mahu menjatuhkan kepimpinan Mahathir dan kerajaan Barisan Nasional, apa lagi mereka yang ditahan tanpa bicara yang dikatakan melalui penyalah gunaan ISA, pasti tidak mudah dilupakan.

Saban hari rakyat dihidangkan dengan berita himpunan rakyat bersama pemimpin menentang kezaliman Mahathir, maka terbongkarlah satu persatu tingkah laku anak-beranak Mahathir yang dikatakan mengaut untung berbillion ringgit hasil keringat rakyat, didalam setiap ceramah kehadiran rakyat semakin tidak dapat dibendung yang ingin mengetahui kepincangan Mahathir.

Dari sebesar-besar ceramah sahingga kepada kumpulan kecil yang topik utamanya adalah memdedahkan kekayaan anak-anak Mahathir, yang mana pada ketika itu sedikit sebanyak telah membukakan mata rakyat yang merasakan diri mereka terhimpit dengan pelbagai tekanan, harga barangan dan kepayahan kewangan yang sangat menekan kehidupan ketika itu.

Kesemuanya itu menjadikan kerja atau tugas menghasud rakyat agar membenci Mahathir menjadi sedikit mudah kepada mereka yang ditugaskan sahingga rakyat tidak lagi dapat membezakan perkara fitnah dengan nyata, kerana mereka didedahkan dengan pelbagai maklumat dan cerita-cerita segala keburukkan dan kezaliman Mahathir yang akhirnya memberi tempias kepada kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO.

Peralihan kuasa Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi pada tahun 2004 sedikit meredakan gerakan kumpulan reformasi, kerana Tun Abdulah dikatakan sebagai seorang pemimpin yang bersih dari segala tomahan rakyat juga sebagai pencetus Pembangunan Insan yang dilihat lebih menjiwai rakyat.

Namun ianya bukanlah panas yang membawa ke petang, kebaikkan Tun Abdullah mula dipermainkan dan diambil kesempatan oleh mereka yang berkepentingan, sahingga bangkitnya rakyat mendesak agar 'Pak Lah' berundur dan meletakkan jawatan, gara-gara permainan 'budak tingkat 4'.

Pak Lah mendapat tentangan bukan sahaja dari puak reformasi penyokong Anwar yang telah bergabung dengan puak pembangkang yang diketuai oleh DAP, tetapi turut digangu gugat oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Pak lah yang tidak selari dengan kehendak Mahathir.

Hujungnya rakyat tahu bahawa penentangan Mahathir terhadap pentadbiran Pak Lah adalah bersebabkan kegagalan Pak Lah menurut kehendak Mahathir, Pak Lah pula tidak mahu menjadi budak suruhan atau mengikut telunjuk Mahathir yang mana suatu ketika dahulu pernah menentang Mahathir bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika bersama didalam parti Semangat 46.

Gerakan Mahathir mahu menjatuhkan Pak Lah berjaya dengan sokongan beberapa pemimpin UMNO yang ketika itu masih percaya dan taat kepada Mahathir, diketika itu tidak timbul soal atau cerita-cerita Mahathir mahukan satu-satu anaknya yang terlibat dengan politik ia ini Mukriz Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Pernah suatu ketika didalam perjumpaan dengan Mukriz untuk makan malam bersama beberapa penyokong beliau ada dikalangan rakan berbisik-bisik menyatakan bahawa Mukriz tidak layak dan tidak berbakat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana Mukriz bukanlah seorang dari kalangan pemimpin yang berjiwa rakyat.

Kebelakangan ini tersebarnya cerita bahawa ada usaha mahu menjadikan Mukriz sebagai Perdana Menteri, jika dilihat kepada ketokohan, benarlah telahan rakan-rakan bahawa Mukriz tiada tokoh menjadi pemimpin, walaupun pernah dicuba menjaga negeri Kedah namun beliau gagal menampakkan dan menimbulkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Setelah Dato' Seri Najib mengambil alih kepimpinan negara dari Tun Abdullah pada 3 April 2009, maka cerita mahu menjadikan Mukriz Perdana Menteri kembali bermain dipersada dan kerana itu jugalah membuatkan Mahathir melakukan 'U turn' untuk bersama dengan puak pembangkang menentang kepimpinan Dato' Seri Najib.

Kita tidak mahu bercakap soal penentangan Mahathir terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib kerana kita tahu tiada satu musuh pun yang akan bercakap soal kebaikkan lawannya, tetapi kita mahu bercakap soal kepelikan yang berlaku didalam puak pembangkang terutama DAP dan pemimpin PKR yang dahulunya bermati-matian menentang Mahathir.

34 tahun bagi DAP dan hampir 20 tahun bagi puak PKR yang berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama mahu menjatuhkan Mahathir, tetapi dengan sekelip mata mereka berubah menjadi penjilat kepada ludah mereka sendiri dan kini duduk dibawah telunjuk dan menjulang Mahathir sebagai pemimpin mereka.

Kegilaan apakah ini yang mahu ditunjukkan oleh kepimpinan puak pembangkang, satu masa bersungguh dan bermatian mahukan Mahathir meletakkan jawatan dan setelah Mahathir meletakkan jawatan mereka berduyung-duyung pula mahukan Mahathir kembali ke kerusi Perdana Menteri untuk memimpin negara.

Ini lah tahap kecerdikan pemimpin didalam parti pembangkang, membasuh kain bersih di sungai yang keruh dan berlumpur, setelah usaha mula menghasilkan kejayaan mereka meletakkan kembali perkara yang mereka kata mahazalim dan mahafiraun ketempat asalnya untuk mereka sanjung dan sembah, seperti termakan sihir mahafiraun lagaknya.

Tidak diketahui tahap kebodohan mereka ini, mungkin mereka mahu mengunakan Mahathir untuk kepentingan mereka bagi menarik orang Melayu bagi menyokong pembangkang seperti mana perancangan mereka mahu mengunakan Melayu untuk memusnahkan Melayu.

Lebih kelihatan bodohnya walaupun mereka merasakan mereka bijak mencatur apabila melantik Mahathir sebagai ketua dikalangan segala ketua dan merehatkan Lim Kit Siang serta mengenepikan Anwar Ibrahim, malah Mahathir kini dilihat dapat diterima oleh Puteri Reformasi dan keluarga Wan Azizah yang dahulunya menjadi punca kepada ujudnya gerakan reformasi yang mahu membela Anwar Ibrahim dari kezaliman Mahathir.

Apa sudah jadi dengan pembangkang hari ini, jika dahulu mereka mengelarkan kepimpinan Tun Abdullah sebagai Flip- Flop tetapi hari ini mereka juga Flip Flop didalam perjuangan, tetapi politik adalah seribu kemungkinan maka tidak hairan lah jika mereka boleh mengubah rentak dan kehendak semata mahu memang didalam pilihan raya umum nanti.

Sementara Mahathir pula sanggup melakukan apa sahaja asal matlamat menghalalkan cara agar impian dan hajat menjadi kenyataan walaupun terpaksa membunuh anak bangsa sendiri.

Kepada rakyat terfikirkah kita, mampukah mereka ini diangkat menjadi pentadbir sebuah negara yang berbilang masyarakat, bangsa, budaya dan agama, jika pendirian mereka sentiasa berubah-ubah seperti sesumpah, sanggupkah kita memperjudikan masa hadapan demi memenuhi impian seseorang yang bernafsu gila.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan