SPAD - Adakah Pemandu Teksi Menyokong Kerajaan Barisan Nasional 100%

Tuduhan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil kesempatan menekan pemandu teksi dan berkepentingan dengan ujudnya kenderaan Uber dan Grabcar, sangatlah menjelekkan bagi penguna kenderaan teksi tradisional yang kini telah mula beralih kepada kenderaan Uber atau Grabcar.

Kesemua ini berlaku adalah atas sikap pemadu teksi itu sendiri sahingga membuat penguna kenderaan teksi terpaksa membuat pilihan dan sebagai pengguna yang membayar setiap perkhidmatan yang disediakan sudah pasti mereka mahukan perkhidmatan yang terbaik dan tidak menyakitkan hati.

Malah SPAD dilihat kini sebagai pemanking kepada kebangkitan dan pembangunan semula imej kereta teksi di dalam negara ini melalui pelbagai transformasi pengangkutan awam darat mahu pun perkhidmatan rel, yang sebelum ini cukup dikecam oleh penguna, bukan sahaja didalam negara malahan diluar negara.

Perkembangan terkini setelah perkhidmatan Uber dan Grabcar dibenarkan beroperasi, terdapat segelintir pengusaha kenderaan teksi mula mahu mengugut pihak kerajaan yang dituduh sebagai tidak mengambil berat dengan nasib pemandu teksi, dan ugutan tidak akan mengundi atau memilih Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti adalah satu tindakkan yang kebudakkan, tidak dapat apa dihajati merajut sepanjang jalan.

Jika diamati telah banyak pengorbanan kerajaan Barisan Nasional kepada setiap pengusaha teksi dan juga kepada pemandu yang tidak diberikan kepada perkhidmatan Uber dan Grabcar, namun kesemuanya tidak pernah di hargai oleh segelintir mereka yang sentiasa mahu menekan kerajaan, apatah lagi menjelangnya pilihan raya umum nanti.

Persoalannya adakah selama kerajaan Barisan Nasional membantu mereka biar pun dikatakan kecil di mata mereka pernah mereka lontarkan ucapan terima kasih, atau bolehkah kita bertanya benarkah mereka ini menyokong kerajaan 100%, sudah pasti mereka-mereka yang terdiri dari kepimpinan kesatuan yang membabitkan kenderaan teksi tidak mampu menjawabnya.

Jadi tidak perlulah ugut kerajaan dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib untuk tidak lagi memberi sokongan kepada Barisan Nasional dan mahu beralih kepada pembangkang, kerana kerajaan Barisan Nasional tetap akan membantu setiap rakyat negara ini mengikut kesesuaian, dan bukan mengikut telunjuk sesuatu kumpulan atau individu.

Tindakan beberapa pemimpin pengusaha kereta teksi yang mungkin terasa bahang dari teguran YB Datuk Hajah Nancy Shukri, bahawa kesukaran yang dialami oleh pemandu teksi sebelum ini adalah berpunca dari tekanan pihak terbabit dengan perusahaan teksi sendiri sahingga menyukarkan kebangkitan industri pengangkutan awam terutama teksi di negara ini.

Kelulusan pengunaan e-hailling yang kini diberikan juga kepada teksi adalah bertujuan bagi membolehkan pemandu teksi bersaing dengan kenderaan Uber dan Grabcar yang dikatakan lebih mendapat pelanggan dengan pengunaan perkhidmatan e-hailling, namun hakikat sebenarnya yang menimpa pemandu teksi adalah sikap mereka terhadap pelangan.

Beralihnya pelanggan kepada kereta Uber dan Grabcar bukanlah kerana mereka memiliki kereta baharu tetapi perkhidmatan mereka lebih kepada memenuhi kehendak penguna kenderaan awam yang sebelum ini tidak mereka rasai ketika menaiki kereta teksi, tidak merasa tertekan dan kegusaran dikenakan caj tambang yang pelik-pelik.

Tuduhan bahawa SPAD dan kerajaan mempermudahkan urusan Uber dan Grabcar dan mengabaikan pemandu teksi adalah khayalan segelintir pemandu dan pengusaha yang banyak menghabiskan masa di perhimpunan, rehat dibawah pokok atau bersembang sesama mereka di kedai kopi dari mahu menerima tempahan pelanggan.

Berbual dengan beberapa orang pemandu teksi berhubung dengan ugutan pengusaha teksi yang mahu melancarkan serangan memboikot kerajaan Barisan Nasional, ada yang memberi pandangan bahawa mereka mencari rezeki halal dengan niat kerana Alah dan tidak mahu terbabit dengan kegiatan haram seperti mengenakan caj yang tinggi dan tidak sepatutnya.

Walaupun terasa sedikit tergugat dengan kehadiran pemandu Uber dan Grabcar mereka berpendapat bahawa rezeki itu harus diusahakan dan bukan mengharapkan ianya datang bergolek, dan setiap pemandu teksi tidak perlu menyalahkan pemadu Uber dan Grabcar dan menunding jari kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atau pun kerajaan Barisan Nasional jika pemandu teksi itu sendiri bersikap mementingkan diri sendiri dari kepentingan pelanggan.

Apa yang pihak SPAD dan Kerajaan Barisan Nasional lakukan hari ini adalah bagi memenuhi impian transformasi pengangkutan awam darat mencapai sasarannya yang mana akan di iktiraf sebagai terbaik di dunia, bersesuaian dengan pemodenan dan pembangunan pengangkutan awam negara ini.

Setiap pemandu teksi harus sedar bahawa mereka perlu mengubah sikap mereka ke arah lebih mesra pelanggan sebelum menyalahkan SPAD, Kerajaan Barisan Nasional dan pesaing mereka didalam industri pengangkutan awam lain di negara ini.

Tidak perlulah mereka mengugut kerajaan, kerana sebelum ini pun belum tentu 100% mereka menyokong kerajaan.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan