SPAD - RTS Projek Pengangkutan Awam Malaysia / Singapura

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memainkan peranan besar didalam melakar sejarah kejayaan melaksanakan kerjasama membina Rapid Transit Sistem (RTS) yang akan menghubungkan Malaysia-Singapura yang melibatkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodkands Utara di Singapura.

Perjanjian usahasama di antara kedua kerajaan itu disaksikan sendiri oleh oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana Presiden.

Rapid Transit Sistem (RTS) dijangka mampu menampung pergerakan kira-kira 10,000 pengguna setiap jam antara kedua-dua negara.

Projek ini dijangka bermula pada Tahun 2019 dan akan mula beroperasi pada Tahun 2024, RTS dikatakan mampu mengurangkan kesesakan di kawasan sempadan sehingga 15%.

Namun apa yang penting pada hari ini ketika kedua negara menandatangani perjanjian tersebut ialah ianya sekali gus melenyapkan kata-kata nista puak pembangkang yang menyatakan hubungan Malaysia dan Singapura kini kelihatan renggang gara-gara perang politik diantara kedua negara.

Namun hakikatnya perjanjian tersebut bahawa Malaysia dan Singapura bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang, perjanjian RTS Malaysia dan Singapura membuktikan bahawa hubungan Malaysia dan Sinagapura adalah amat baik dan akrab sekali.

Kembali kepada proses awal sebelum termeterai perjanjian kedua negara dalam isu RTS ini, pihak SPAD yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah bersama pegawai kanannya telah ke di Istana Bukit Pelangi, bagi mengadap baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Objektif pertemuan ini adalah untuk mendapatkan perkenan Baginda Sultan Johor bagi tiga pilihan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS), hasil dari perbincangan tersebut Baginda Sultan telah berkenan dan meluluskan projek RTS ini demi kesejahteraan warga Johor secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Projek RTS ini apabila siap kelak dikatakan mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap arah, ia turut memberi manfaat tambahan sebanyak 60,000 pengguna menyeberangi Causeway pada waktu puncak melebihi apa yang mampu diberikan oleh Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) ketika ini.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan