MCA - Bakal Bangkit Pada PRU Ke 14

Tidak dinafikan bahawa prestasi parti MCA, anggota komponan didalam Barisan Nasional agak merudum didalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini, yang mengakibatkan mereka kehilangan begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN dengan drastik sekali.

Namun pembaikkan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh jentera parti MCA termasuk menukar kepimpinan tertinggi bakal menyaksikan kebangkitan semula parti yang diberi kepercayaan untuk mewakili masyarakat kaum Cina di negara ini.

Tidak seperti beberapa bekas parti politik yang telah meninggalkan Barisan Nasional apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi, namun MCA masih kekal bersama Barisan Nasional dengan tidak menuntut sebarang keistimewaan baik ketika membantu kemenangan Barisan Nasional.

Yang perlu dilihat hari ini adalah kesetiaan parti MCA yang masih kekal berjuang bersama Barisan Nasional adalah semangat setia kawan yang dibuktikan selama parti ini berada didalam Barisan Nasional (dahulunya Perikatan) ia itu sejak ditubuhkan pada tahun 1949 yang sedikit sebanyak telah membawa kepada kejayaan didalam menuntut kemerdekaan negara ini pada 1957.

Kejayaan parti MCA menguruskan hal ehwal warga Cina negara ni sedikit sebanyak telah membawa parti ini kepada permusuhan sesama mereka bila mana parti pembangkang yang diketuai oleh parti DAP (yang juga mewakili kaum Cina) sangat mencemburui parti MCA yang dikatakan lebih berpihak dan menjadi talibarut kepada UMNO sebuah parti yang mewakili orang Melayu.

Hakikat sebenarnya adalah kerjasama diantara MCA yang mewakili kaum Cina dan UMNO yang mewakili orang Melayu telah membentuk kerajaan dan menguruskan negara ini seperti mana yang dapat kita rasai hari ini juga dengan sokongan dari beberapa parti komponan yang lain seperti MIC, GERAKAN dan sebagainya.

Tidak seperti parti pembangkang DAP yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysian Malaysia, dengan tujuan menrepublikkan negara ini, MCA kekal menunjukkan taat setia mereka kepada perjanjian yang termaktub sekian lama dan menghormati perlembangaan Persekutuan dan sistem beraja dinegara ini.

Mereka masih boleh kekal dan mengekalkan adat budaya serta anutan agama mereka, malah boleh mendirikan sekolah khusus untuk kaum mereka dinegara ini dan bebas mengunakan bahasa mereka untuk dituturkan seharian tanpa terikat dengan peraturan berbahasa.

Perkara kerjasasama diantara parti politik didalam Barisan Nasional ini yang telah membawa Malaysia ke satu tahab yang sangat boleh dibanggakan pada hari ini, dan rakyat dapat hidup dengan harmoni sebagai satu keluarga besar.

Namun dengan hasutan dari parti pembangkang DAP, yang sering menyebarkan maklumat palsu dan sering melemparkan fitnah kepada setiap pemimpin parti Barisan Nasional sedikit sebanyak telah mengugat keharmonian yang dibina selama ini dan telah menjadikan rakyat negara ini sering berpaling muka didalam soal kehidupan bermasyarakat terutama dalam bidang politik.

Dibawah kepimpinan baharu parti MCA yang kini di kepali oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Kha Siong, keyakinan masyarakat Cina terhadap parti MCA dapat dipulihkan dengan pelbagai program yang meyakinkan kaum Cina untuk kembali memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Dibawah kepimpinan baharu ini, rakyat khususnya kaum Cina telah diberi keyakinan bahawa kerajaan hari ini adalah yang sangat inklusif, adil dan tidak pernah membezakan diantara satu kaum dengan kaum yang lain, kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Oleh itu pada peluang memilih wakil rakyat yang bakal diadakan tidak lama lagi ia ini pada Pilihan Raya Umum Ke 14 nanti diharapkan rakyat jelata menolak sejauh mungkin parti pembangkang yang tidak pernah memikirkan soal rakyat selain hanya tahu berpolitik semata.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan