Pakatan Pembangkang Lebih Kuat Bercakap Dari Bekerja

UMNO dan komponen yang lain didalam Barisan Nasional adalah sebuah parti yang telah membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik didalam mengotakan setiap janji-janji yang dilafaskan melalui manifesto mereka, jika mahu dibandingkan dengan manifesto parti pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Sahingga kini belum lagi dapat dibuktikan kejayaan-kejayaan yang boleh di banggakan dibawah kepimpinan parti pembangkang termasuk di Kelantan, Selangor dan juga Pulau Pinang walaupun mereka berpeluang untuk membuktikannya setelah rakyat memberi mandat kepada mereka.

Adalah tidak salah jika Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa parti Barisan Nasional adalah parti yang terbaik sahingga kini dan juga untuk masa akan datang untuk rakyat dan negara Malaysia, jika dibandingkan dengan pembangkang yang lebih bercakap dari bekerja.

Kedudukan ekonomi dengan nilai ringgit semakin hari semakin mengukuh yang sedang rancak berlaku hari ini telah menjadikan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai satu kenyataan yang bukan retorik, tetapi sebagai membuktikan bahawa semua usaha kerajaan telah mula menampakkan hasilnya sejak setahun kebelakangan ini.

Impian untuk membawa negara ke arah kejayaan yang lebih gemilang dapat dilihat melalui usaha bersungguh-sungguh oleh kerajaan Barisan Nasional yang akhirnya menyaksikan kadar pertumbuhan negara mencatat 6.2 peratus pada suku ketiga tahun lalu, ini adalah satu kejayaan nyata dan bukan sekadar dilukis diatas kertas sebagai penyedap mata memandang.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang berakal sudah pasti dapat membezakan diantara kedua parti didalam negara ini baik Barisan Nasioanl yang di tunjangi oleh UMNO atau pakatan pembangkang yang masih gagal menyatakan satu keputusan secara bersama tetapi berhajad besar mahu mengambil alih Putrajaya sebagai kerajaan baharu.

Yakinkah kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini untuk diserahkan kuasa kepada sebuah pakatan yang kita tahu mereka gagal berpakat didalam membuat sebarang keputusan yang mana akhirnya rakyat yang akan menerima bala kerana memberi kepercayaan kepada mereka yang tidak pernah menepati dan berpegang pada janji.

Oleh itu kita perlulah memiliki kesedaran dan bertindak bijak untuk menolak parti yang lebih banyak bercakap dan menabur fitnah, serta tidak melakukan sesuatu apa pun untuk kebaikkan rakyat yang telah memberi peluang tetapi gagal memikul tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya.

Pilihan Raya Ke 14 nanti adalah peluang untuk rakyat yang tertekan dengan janji-janji palsu pembangkang untuk memperbaiki kesilapan masa lalu mereka dan rakyat harus kembali memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus memancu negara.

Rakyat harus sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional telah lama di uji, 70 puluh tahun lamanya jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang yang sahingga kini telah gagal dalam banyak ujian, malah mereka masih mengharapkan bantuan Barisan Nasional, oleh itu pada PRU Ke 14 nanti bolehlah kita menolak pakatan pembangkang dengan senang hati tanpa terkilan.

Kerana tiada suatu apa pun yang boleh membuatkan rakyat terkilan dengan penolakkan terhadap pakatan pembangkang ini yang kebanyakkannya lebih kuat bercakap dari kuat bekerja.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan