SPAD - Pelancaran Perkhidmatan Bas Henti-Henti Di Terengganu

Transformasi pengangkutan awam bukanlah hanya tertumpu di sekitar Lembah Kelang sahaja atau di kota kota besar seperti Pulau Pinang atau Johor yang kini sedang giat membangun dengan plan pengangkutan awam darat mahu pun pengangkutan rel.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut juga merancang untuk pembangunan dan penambahbaikkan pengangkutan awam di beberapa negeri terutama disebelah Pantai Timur yang dikatakan masih ketinggalan dalam arus pembangunan pengangkutan awam.

Plan rancangan SPAD merancakkan program MyBAS dalam program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional telah terus berkembang dan Terengganu menjadi di antara negeri yang bakal menerima lonjakkan perkhidmatan MyBas.

Terengganu akan memperolehi 30 buah bas termasuk sembilan buah bas elektrik untuk beroperasi di tujuh laluan utama membabitkan jarak keseluruhan 235.9 kilometer, dimaklukan untuk fasa pertama ini sebanyak empat buah bas elektrik akan diperkenalkan, membabitkan beberapa laluan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Perlu di ucapkan tahniah dan syabas diatas usaha SPAD kerana terus komited didalam memastikan kemajuan pengangkutan awam berterusan dan memenuhi kehendak rakyat terutama penguna pengangkutan awam, yang menjadikan mod pilihan pengunaan kenderaan awam sebagai yang utama dan sekali gus mengurangkan pengunaan sendiri.

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang dijayakan di Terengganu adalah sesuatu yang perlu dibanggakan, kerana seperti mana kita ketahui bahawa pengangkutan awam di Terengganu masih jauh ketinggalan dari pembangunan yang sepatutnya, bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan Terengganu pada hari ini.

Usaha yang dilaksanakan oleh SPAD ini sedikit sebanyak bakal akan meningkatkan kualiti hidup rakyat Terengganu terutama dari segi kos sara hidup yang mana pengguna kenderaan awam terpaksa mengunakan kereta sapu atau teksi haram yang sudah pasti harga tambangnya tidak bersesuaian dengan pengunaan.

Dengan ujudnya MyBAS di Terengganu pengguna dapat menjimatkan kos tambang kerana perkhidmatan MyBAS lebih murah dan efisien, yang penting ianya selamat, bersih dan selesa.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hajah Nancy Shukri, bahawa di atas inisiatif kerajaan, rakyat Terengganu bukan sahaja dapat menikmati kadar tambang yang berpatutan iaitu serendah 90 sen hingga RM2.50, malah pada masa sama turut menikmati perkhidmatan bas selesa, bercirikan moden serta mesra alam. Diskaun sebanyak 50% juga diberikan kepada pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Ternyata keujudan SPAD bukanlah untuk menyusahkan pengendali kenderaan awam, tetapi sebaliknya telah merancakkan perkhidmatan pengangkutan awam darat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan