SPAD - Pemandu Teksi Seharusnya Kembali Memberi Keyakinan Kepada Pengguna

Di Samenanjung kini terdapat hampir 600 orang pemandu teksi tradisi telah pun beralih kepada perkhidmatan Uber dan sejumlah 2,200 telah menyertai Grabcar dan ianya bukan satu halangan atau ketidak adilan kepada pemandu teksi untuk berhijrah malah mereka boleh sahaja pada bila-bila masa bertukar kepada perkhidmatan Uber atau Grabcar.

Jadi tiada soal pilih kasih atau menganak tirikan pemandu teksi yang selama ini mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai program oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menurut Datuk Hajjah Nancy Syukri ia bukanlah satu tindakan yang mahukan pemandu teksi untuk menyertai perkhidmatan kereta Uber atau Grabcar tetapi ianya adalah sekadar mahu memaklumkan bahawa pemandu teksi juga boleh memilih untuk menyertai perkhidmatan e-hailling jika mereka merasakan itu yang terbaik.

Perkhidmatan kereta e-hailling seperti Uber dan Grabcar tidak mendapat bantuan seperti mana yang di perolehi oleh pemandu teksi hari ini, dan cakap-cakap pemandu kereta Uber dan Grabcar menadapat laluan mudah dari kerajaan ianya adalah tidak benar sama sekali dan sekadar cakap cakap di belakang untuk memburukkan kerajaan.

Berhubung dengan pemilikkan lesen PSV, pemandu perkhidmatan e-hailling juga akan kenakan syarat untuk memiliki lesen PSV apabila peraturannya dilaksanakan mulai bulan hadapan termasuk pemeriksaan PUSPAKOM, ini termasuk mereka yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Sabah dan Serawak.

Setiap pemandu Uber dan Grabcar akan melalui proses yang sama dengan pemandu teksi tradisional, kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahukan setiap pemberi perkhidmatan pengangkutan awam terutama kereta teksi melalui satu proses pemeriksaan dan peraturan yang sama demi menjaga mutu dan imej pengangkutan awam darat negara.

Malah setiap pemandu kenderaan awam harus setanding dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD, termasuk memiliki lesen PSV, insyuran penumpang dan kenderaan perlu menjalani ujian kelayakkan di PUSPAKOM, tiada kelebihan yang diberikan kepada pemandu kenderaan Uber atau Grabcar.

Bagi pemandu teksi yang merasakan pemandu Uber telah memberi kesan kepada pendapatan, mereka boleh sahaja beralih menjadi pemandu Uber, tetapi jika mereka masih membawa sikap dan perangai seperti mana yang dilakukan oleh segelintir pemandu teksi, maka ianya juga akan memudaratkan industri kereta e-hailling negara ini.

Kerana apa yang berlaku hari ini adalah tindakan segelintir pemandu teksi yang memeras ugut pengguna dengan pelbagai tekanan dan lagak pemandu teksi ini telah menjadikan pengguna kenderaan awam teksi memilih kereta Uber yang lebih mesra pelanggan, murah dan selesa.

Pemandu teksi seharusnya melihat kepada kelompok mereka yang sering mendatangkan masalah kepada pengguna dan seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan yang terpaksa memikirkan jalan terbaik bagi mengatasi masalah yang di alami oleh pengguna kenderaan awam.

Setiap pemandu teksi harus sedar bahawa didalam program Transformasi Pengangkutan Awam Darat, kerajaan telah memperuntukan begitu banyak perbelanjaan untuk menaikkan mutu perkhidmatan teksi, termasuk kelulusan dana RM60 juta bagi membantu penerima permit teksi individu berkelayakan untuk membeli kenderaan baru dengan pemberian geran RM5,000 bagi setiap individu.

Malah komitmen Kerajaan kepada Program Transformasi Industri Teksi yang sedang giat dilaksanakan turut perkenalan jaringan keselamatan melalui skema PERKESO bagi pemandu teksi yang layak dengan tujuan semata mahu membangunkan dan menaikkan taraf industri ini pengangkutan awam terutama kenderaan teksi.

Kesemua tindakan ini adalah untuk kebaikkan industri teksi dinegara ini, tetapi jika sikap pemandu teksi sendiri yang tidak mahu menghargai dan mereka sendiri yang meranapkan industri mereka maka jangan disalahkan perkhidmatan Uber atau Grabcar yang kini lebih mendapat sokongan pelanggan kerana mutu perkhidmatan mereka.

Bukan kerana kerajaan memberi sokongan kepada aktiviti Uber dan Grabcar tetapi ianya adalah kehendak penguna kereta teksi sendiri yang telah jelak dengan sikap dan perangai pemandu teksi.

Kerajaan dan SPAD tidak mahu melihat industri pekhidmatan kereta teksi tradisional hari ini pupus dengan kehadiran Uber tetapi sebaliknya setiap pemain industri kereta teksi baik pengusaha mahu pun pemandu teksi mereka seharusnya mengikut peredaran zaman dan mahu berdaya saing dengan cabaran masa kini.

Jadi cakap-cakap dan tuduhan ketidakadilan kerajaan didalam menangai masalah kebanjiran kereta Uber dan Grabcar adalah sekadar mainan mereka yang tidak berdaya saing didalam permainan industri pengangkutan awam di negara ini, sedangkan perancangan kerajaan lebih menjurus kepada penambah baikkan industri pengangkutan awam darat terutamanya kereta teksi.

Tindakan kerajaan mengenakan syarat yang sama bagi semua perkhidmatan kereta awam baik teksi, Uber atau Grabcar adalah satu cabaran bagi mereka yang terlibat dengan industri pengangkutan awam agar tiada lagi cakap-cakap bahawa pengusaha dan pemandu teksi di anak tirikan oleh kerajaan dan SPAD.

Yang penting hari ini adalah sikap pemandu teksi itu sendiri untuk menawan hati penguna kereta teksi, mereka yang memulakan mereka jugalah yang seharusnya menarik kembali keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan teksi.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan