MCA - DAP Lebih Rasuah

Pemilihan dan keredhaan DAP terhadap Mahathir sebagai Perdana Menteri pembangkang mengantikan calon utama Anwar Ibrahim adalah satu cara bagi DAP untuk mengalihkan isu kekalutan yang sedang melanda parti DAP terutama yang membabitkan pemimpin mereka di Pulau Pinang.

Dengan harapan bahawa rakyat boleh di lekakan dengan isu Mahathir menjadi Perdana Menteri semula dan melupakan isu penipuan dan ketirisan kewangan yang sedang melanda parti itu, ia itu kehilangan sebanyak RM 302 juta yang tidak diketahui kemana lesapnya.

Perkara yang sedang dan paling mendapat perhatian rakyat Pulaun Pinang dan negara pada ketika ini ialah bagaimana sebuah syarikat fesyen pakaian boleh disenaraikan sebagai kontraktor membina terowong Pulau Pinang yang mana mereka memiliki 39% dari keseluruhan saham syarikat.

Pendedahan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah menyatakan bahawa pada awalnya dua syarikat dari negara China yang dikatakan sebagai berpengalaman dan memiliki modal berbayar sebanyak RM 4.6 billion telah dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 billion.

Namun selepas nama syarikat dari China yang bertindak sebagai “Special Vehicles Company“ (SPV) untuk membina terowong dasar laut, kini tercatat pula sebuah syarikat fesyen baju dicatatkan sebagai syarikat pembina terowong tersebut, satu kepelikan pakar fesyen pakaian menjadi pakar membuat terowong dasar laut yang kepakarannya adalah berbeza.

Suatu perkara yang nyata adalah ianya satu pembohongan dari DAP, malah Datuk Seri Wee juga mendedahkan bahawa kaedah pemberian dan kelulusan projek ini adalah berdasarkan kepada “Permintaan Kertas Cadangan” dan bukannya secara Tender terbuka sebagaimana lazimnya.

Kini timbul pula persoalan adakah syarikat dari China yang dilantik terdahulu untuk membina terowong Pulau Pinang telah dibatalkan kontraknya dan digantikan dengan syarikat fesyen tempatan ini?. kini timbul persoalan, siapa yang Guan Eng hendak tipu? dan bolehkan rakyat Pulau Pinang menerima pembohongan serupa ini, syarikat fesyen menerajui pembinaan torowong yang memerlukan kepakaran berteknologi tinggi.

Jika perkara ini terjadi pada pemimpin kerajaan Barisan Nasional sudah ianya akan menjadi bahan ceramah dan serangan politik mereka siang dan malam, tetapi perkara yang nyata berlaku didalam parti DAP, cukup mudah mereka mengalihkan dengan kebodohan pemimpin pakatan pembangkang yang lain.

Kini mereka mengambil di atas kesempatan yang ada ia ini mengunakan Mahathir yang telah menyerahkan kepala untuk di lekeh oleh pemimpin DAP dan pembangkang yang sebelum ini cukup anti dengan Mahathir tanpa disedari oleh Mahathir dan pengikutnya.

Dengan pendedahan penyelewengan yang berlaku didalam belanjawan projek pembinaan Terowong Pulau Pinang, telah membantutkan usaha DAP untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah parti yang bersih dari gejala rasuah.

Dengan kes Lim Guan Eng yang kini sedang di bicarakan atas pertuduhan rasuah terhadap pembelian banglo, strategi DAP dilihat seperti tidak menjadi malahan ianya mendatankan imej buruk kepada pemimpin mereka yang dahulunya siang malam bercakap dan menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan rasuah.

Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya dan rakyat dapat melihat siapa sebenarnya yang terlibat dengan perkara rasuah.

Tahniah kepada Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah membuat pendedahan berhubung kepincangan didalam belanjawan pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Ternyata isu kerelaan DAP didalam perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah strategi DAP untuk mengalih perhatian terhadap isu penyelewengan wang rakyat didalam projek pembinaan terowong serta tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan