Nasib Siswa Zaman Mahathir Dan Najib

Mahathir memperkecilkan bekas siswazah yang menjadi pemandu Uber, dan tidak pula bekas graduan pemandu teksi yang dizamannya terlalu banyak menyusahkan pengguna teksi ketika itu, oleh kerana itu tidak hairan jika terdapat sekelompok kecil pemandu teksi menyatakan hasrad menentang kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib dan Barisan Nasional yang telah banyak memberi bantuan kepada mereka.

Mungkin mereka ingin kembali ke era Mahathir yang mana pemandu teksi mengawal pengguna dengan menetapkan itu dan ini, serta mereka yang sesuka hati menetapkan harga caj tambang teksi sesuka hati, tanpa memperdulikan kepentingan penguna teksi pada waktu itu.

Dengan penghinaan Mahathir terhadap bekas graduan yang memilih menjadi pemandu Uber sangat mengembirakan pemandu teksi dan terus lupa diri dan menyatakan penentangan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan memberi sokongan kepada pembangkang.

Pemandu teksi berharap dengan cercaan yang dilakukan oleh Mahathir maka mereka berharap pengguna kenderaan awam akan kembali beralih mengunakan perkhidmatan teksi, berdasarkan Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang sudah tentu banyak pengaruhnya.

Tetapi mereka lupa bahawa cercaan dan memperlekehkan bekas siswazah menjadi pemandu Uber telah memberi impak nagetif kepada bekas negarawan tersebut dan sekali gus mendatangkan rasa mual bekas siswazah yang memilih untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan kerja kerajaan atau syarikat milik kerajaan (GLC).

Mahathir telah menunjukkan sikap lupa dirinya yang pernah menjadi pembantu warong perniagaan tepi jalan semata mahu mencari duit poket, sepatutnya kita boleh merasa bangga kerana adanya semangat bekas graduan yang mahu dan berani mencari pendapatan tanpa mengharapkan untuk mendapat pekerjaan dengan kerajaan semata.

Sebagai seorang yang pernah memancu kerajaan selama 22 tahun sepatutnya Mahathir memberi semangat dan bukannya memperlekehkan usaha mereka untuk berdikari walaupun sebagai peniaga nasi lemak di tepi jalan seperti mana yang pernah beliau lakukan sewaktu muda dahulu.

Sementara pemandu teksi yang merasa dengan cercaan Mahathir maka pemandu Uber akan menamatkan operasi mereka dan kembali mengunakan teksi sangatlah janggalnya, kerana pengguna pengangkutan awam memilih Uber kerana mereka sudah jelak dengan sikap pemandu teksi yang tidak ubah seperti lintah darat.

Jika dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi yang menjadi punca bekas graduan memilih untuk menjadi pemandu Uber maka Mahathir juga harus ingat ketika menjadi Perdana Menteri, beribu bekas graduan tidak mempunyai pekerjaan sebaik menamatkan pengajian, kerana tiada peluang untuk mereka mencari pendapatan selain menjadi penjual bugger di kaki lima.

Berbanding hari ini peluang untuk bekas siswazah mendapatkan pendapat selain memiliki kerja hakiki adalah terlalu luas dan banyak, ianya terpulang kepada bekas graduan sama ada mahu atau tidak, selain menjual nasi lemak atau menjual bugger dan menjadi pemandu Uber adalah satu dari cabangnya.

Mahathir seharusnya merasa bangga bila mana anak muda yang dilahirkan dizaman beliau menjadi Perdana Menteri bijak berdikari seperti mana yang sering beliau laungkan didalam kata-kata nasihat beliau ketika itu, tetapi pada hari ini beliau begitu bersikap nagetif terhadap kemampuan anak muda berdikari yang tidak lagi mahu mengharapkan tongkat kerajaan.

Mahathir harus membandingkan keadaan bekas graduan pada era kemelesetanekonomi pada sekitar tahun 1988 dan 1997 jika mahu membandingkan ekonomi hari ini, pada hari ini sekurangnya bekas graduan boleh berdikari melalui perniagaan 'on line' atau memilih untuk menjadi pemandu Uber yang mana kerajaan menyediakan bantuan untuk mereka.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Najib, telah banyak memberi dan menyediakan pelbagai saluran bantuan bukan sahaja kepada graduan malahan kepada mereka yang tidak berpeluang ke menara gading seperti penyediaan ruang dan modal perniagaan termasuk jika mereka berminat untuk menjadi pemandu Uber atau teksi selain pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Malah anak muda yang tidak berminat untuk bekerja hari ini digalakan memulakan perniagaan dalam talian dan kerajaan telah menyediakan platform untuk mereka memulakan perniagaan dalam talian tersebut, ini adalah peluang yang disediakan bersesuaian dengan teknologi masa kini yang tidak terdapat di zaman Mahahtir.

Graduan dizaman Najib Tun Razak terutamanya anak muda dikira sangat bertuah kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk mencari pendapatan sampingan berbanding zaman Mahathir yang ruangnya sangat terhad.

Mungkin kerana dikelilingi oleh puak pembangkang terutama DAP yang sangat-sangat tidak suka dengan kemajuan anak bangsa menjadikan Mahathir Melayu yang terlupa dengan cakap-cakap sendiri.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan