MCA - Pilih Wakil Rayat Yang Benar-Benar Berkhidmat

MCA walaupun pernah dilanda tsunami politik dan kalah teruk pada Pilihan Raya ke 12 dan ke 13, namun belum lagi kedengaran pemimpin mereka lari dari tanggungjawab terhadap pengundi dikawasan yang mereka dicalunkan, malah mereka telah bertindak seperti mana layaknya seorang wakil rakyat.

Tanpa berdendam rasa, pemimpin MCA tetap menjalankan peranan mereka menabur bakti dan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat sebagai memenuhi tangungjawab mereka kepada masyarat kususnya kaum Cina walaupun mereka dikhianati sebelumnya.

Apa tah lagi dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Presiden dan Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai Timbalan Presiden parti MCA yang dilihat begitu kuat bekerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat kususnya kaum Cina untuk kembali memberi sokongan kepada parti MCA setelah masyarakat di perdaya dengan janji manis pembangkang terutama DAP.

Yang akhirnya pengundi dapat rasakan bahawa mereka kini ketinggalan dalam banyak hal pembangunan yang selama ini di janjikan oleh pembangkang, setelah menang pilihan raya bayang pembangunan pun tidak kelihatan malahan dimana wakil rakyat yang mereka pilih berada ketika ini pun mereka tidak tahu.

Pemimpin MCA tidak seperti pemimpin puak pembangkang terutama dari DAP yang berperangai kebudakkan, bila mereka tewas mereka meninggalkan kawasan membawa diri, malah ada pemimpin pembangkang yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat namun telah tidak menjalankan amanah yang diberi sebaliknya sering pula memungkiri janji mereka.

Bukan sahaja kepada yang kalah, yang memenangi kerusi wakil rakyat pun tidak melihatkan kerja mereka sebagai wakil rakyat, tidak berada bersama rakyat ketika rakyat memerlukan mereka, malah pejabat perhubungan mereka juga sering kosong tidak berpenghuni.

Pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP yang sering menjadikan UMNO dan MCA sebagai bahan fitnah mereka sahingga berjaya meraih undi dengan janji palsu namun apa yang berlaku seterusnya ialah nasib pengundi di abaikan dan mereka terus menerus berbohong untuk menutup bohong lama mereka kepada pengundi.

Kini setelah menghampiri waktu-waktu akhir penggal menjadi wakil rakyat dan pilihan raya baru akan tiba maka pemimpin pembangkang ini akan mula bergerak dan mencari tempat yang selamat bagi mereka untuk meneruskan pembohongan agar terus dipilih sebagai wakil rakyat.

Yang tinggal adalah mereka-mereka yang walaupun kalah dalam pemilihan sebagai wakil rakyat tetapi kekal berada dikawasan mereka kerana mereka adalah anak jati di kawasan tersebut, mereka ini yang sering kelihatan bersama penduduk walau dalam apa keadaan sekali pun, baik senang mahu pun susah.

Kini musim pilihan raya kembali lagi, sekali lagi rakyat dan pengundi akan diberi kuasa untuk memilih siapakah yang akan mereka pilih untuk menjadi wakil kepada mereka, peluang yang datang lima tahun sekali, seharusnya digunakan dengan bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang timbul setiap kali pilihan raya datang.

Bagi parti dan kepimpinan MCA mereka telah berusaha keras untuk membangunkan kawasan atau tempatan yang mereka diberi tangungjawab untuk dibangunkan walaupun mereka tewas dalam pilihan raya yang lalu namun mereka tidak pernah meninggalkan para penyokong dan penduduk kawasan mereka, sebalik terus bekerja memegang amanah yang di pertangungjawabkan.

Bukan seperti puak pembangkang, yang kini sedang kalut melompat untuk mencari tempat selamat bagi mereka bertanding setelah mereka sedar bahawa pengundi kawasan yang mereka wakili sebelum ini sudah mula menolak mereka, kerana pengundi sudah mula sedar bahawa wakil rakyat pembangkang ini lebih kuat bercakap dari bekerja.

Malah ada diantara pemimpin pembangkang sudah mula bergaduh sesama sendiri kerana ingin berebut tempat yang dalam perkiraan mereka adalah selamat untuk mereka bertanding.

Kepada pengundi yang bakal mengundi pada Pilihan Raya ke 14 nanti, jangan disia-siakan peluang dan memperjudikan nasib masa hadapan, perlu belajar dari kesilapan lalu agar dapat merubah masa hadapan.

Mereka perlu beralih memberi sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional yang telah terbukti, walaupun tewas mereka terus bekerja dan membangunkan kawasan mereka kerana mereka benar-benar berjiwa rakyat, bukan seperti pemimpin pembangkang yang memetingkan kedudukan untuk mengaut kekayaan.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan