MCA - Berlaku Ketirisan Dalam Projek Terowong Pulau Pinang

Ini lah perangai puak DAP apabila sang gajah didepan mata mereka tidak nampak tetapi kuman diseberang mereka nampak dengan jelas, bagaimana seorang yang berjawatan kanan didalam kerajaan DAP Pulau Pinang tidak tahu menahu akan kenyataan akhbar bersama yang dibuat oleh Setiausaha kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bila berlaku pada kerajaan Barisan Nasional terutamanya MCA maka belum sempat 24 jam maka parti MCA akan mereka perbodohkan dan kecam seperti tidak tahu menguruskan kerajaan dan tidak pandai bekerja, tetapi bila berlaku pada kelompok mereka dengan senang mereka menjawab 'Saya tidak fikir'.

Ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal yang datang dari seorang Timbalan Ketua Menteri (TKM) yang mengatakan "dia tidak berfikir" sedangkan ketika itu adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai TKM, sedangkan kenyataan tersebut tersiar didalam facebook Buletin Mutiara, ia ini lidah rasmi kerajaan DAP, Pulau Pinang.

Dalam kenyataan tersebut Setiauasaha kerajaan negeri telah menyebut bahawa Zenith Construction Sdn Bhd dengan China Railway Construction Corporation Ltd adalah sebuah 'special purpose vehicle' (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju yang terbabit dengan pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Namun dijelaskan kemudiannya bahawa kedua-dua Kumpulan Pembinaan Bandar Beijing (Beijing Urban Construction Group) dan CRCC bukan pemegang saham dalam SPV dan CRCC mengesahkan bahawa mereka hanya menjadi kontraktor kepada SPV dan bukan pemegang saham.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, yang juga Menteri Di jabatan Perdana Menteri membidas kenyataan Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang seolah tidak tahu akan apa yang berlaku di sekitarnya dan menasihatkannya supaya berhenti dari membuat kenyataan yang tidak berfakta.

Tindakan Ramasamy didalam membela skandal pembinaan terowong Pulau Pinang adalah seperti kenyataan syok sendiri, dan cuba mengelirukan rakyat, sedangkan apa yang berlaku hari ini adalah jelas berlakunya ketirisan didalam projek pembinaan Terowong Pulau Pinang.

Apa perlunya kerajaan DAP Pulau Pinang mendahulukan wang RM4.9 juta sedangkan konsortium itu sendiri yang patut mencari konsultan dan membayarnya dengan wang mereka sendiri?.

Bagaimana konsortium SPV mahu memulakan satu projek mega yang memerlukan ratus jutaan modal untuk melaksanakannya, jika modal berbayar konsortium SPV tidak cukup untuk menampung harga konsultasi tersebut.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya menjawab persoalan ini bagi makluman kepada rakyat yang kini tertanya-tanya akan kejujuran kerajaan DAP Pulau Pinang yang selama ini sering menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang korup sedang apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang pada hari ini banyak yang terpalit dengan kes-kes rasuah dan pecah amanah malah ada yang sedang didakwa di mahkamah dan kes masih berjalan.

Kepada warga Pulau Pinang sedarlah bahawa kerajaan dan parti yang mejadi pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu bukanlah sebuah parti yang menjamin masa hadapan rakyat Pulau Pinang, sebaliknya mereka hanya menjamin kekayaan kroni mereka sahaja.

Oleh itu peluang yang bakal datang pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, rakyat Pulau Pinang seharusnya kembali untuk memberi sokongan semula kepada kerajaan Barisan Nasional yang lebih telus dan iklas didalam membantu rakyat negara ini.  

Post Metro Online

Artikel Berkaitan