MCA - Kempen 100 hari Pembangkang

Ini memberi gambaran bahawa pembangkang sudah tahu akan bila tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 akan di umumkan dan ianya bukanlah lagi sesuatu yang mutlak milik Perdana Menteri Malaysia yang akan memohon untuk pembubaran parlimen.

Terdapat ura-ura bahawa pakatan pembangkang yang dikepali oleh parti DAP akan membuat 'road tour' untuk berceramah dan berkempen menjelang 100 hari sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke 14.

Pemerhati politik berpendapat sasaran mereka adalah dikawasan yang akan di tandingi oleh parti komponen Barisan Nasional ia itu parti MCA, dimana puak pembangkang kini sedar bahawa masyarakat khususnya warga Cina sudah kembali memberi sokongan kepada parti MCA yang mewakili kaum Cina di negara ini.

Bagi Presiden parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong, kempen 100 hari menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 yang akan di lakukan oleh puak pembangkang DAP sedikit pun tidak menggusarkan pihaknya kerana beliau yakin bahawa rakyat kini sudah bijak menilai mana intan mana yang kaca.

MCA tidak gusar dengan kempen pembangkang yang mana rakyat tahu sedah lama puak pembangkang DAP berceramah politik dan berkempen pilihan raya walaupun bukan di musim pilihan raya, rakyat sedar bahawa pembangkang hanya pandai berjanji sahaja namun tidak pernah menunaikannya.

Datuk Seri Liow juga berpendapat bahawa ceramah dan kempen puak pembangkang ini tidak akan membawa kepada apa apa perubahan kerana rakyat telah mempelajari sesuatu darinya selepas selesai pilihan raya umum ke 12 dan ke 13 yang lalu, dimana nasib rakyat yang mengundi pembangkang telah terabai dan ketinggalan tersangat jauh.

Rakyat sedar bahawa pembangkang telah berceramah, bercakap dan berpolitik sejak sekian lama, sebaik memenangi pilihan raya, namun tidak pernah berhenti jadi tiada bezanya dengan ceramah dan 'road tour' yang tidak akan membawa apa -apa perubahan selain membuat cerita bohong, menghasud dan menfitnah semata.

Datuk Seri Liow memberi perumpamaan cakap pembangkang adalah sama seperti botol air kosong yang letakkan lebel susu, sudah pasti rasanya tetap air kosong, begitulah dengan 'road tour' pembangkang tiada bezanya dengan ceramah politik mereka sebelum ini yang penuh dengan fitnah dan cerita bohong.

Walaupun puak pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional namun tidak ada satu pun yang disertakan dengan bukti atau disertakan dengan laporan pihak berkuasa SPRM atau pun pihak polis (PDRM).

Ramai yang berpendapat bahawa 'road tour' yang akan diadakan kelak adalah disasarkan di kawasan yang bakal di tandingi oleh parti MCA, dengan terbukti bahawa pembangkang sudah mula merasakan kesan kerja keras MCA bagi mengembalikan semula keyakinan pengundi untuk kembali memberi sokongan kepada MCA dan Barisan Nasional.

MCA telah nyata bekerja keras dalam diam sejak sekian lama, malah sebaik tewas didalam Pilihan Raya Umum Ke 13 lagi mereka sudah menyusun strategi, tanpa membuat bising seperti mana yang puak pembangkang lakukan, malah MCA sedia menghadapi sesiapa sahaja calon dari parti pembangkang.

Kekalahan telah memberi pengajaran yang cukup baik untuk parti MCA, begitulah pandangan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan mempertahankan kerusi Parlimen P089 Bentong, Pahang.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan