Jawapan Kenapa Mukhriz Gagal Memahami Kehidupan Rakyat Malaysia Khususnya Rakyat Kedah

Tidakkah menyesal kepada pengundi yang bakal mengundi Mukhriz Mahathir kerana beliau akan timbul dikawasan yang diwakilinya hanya pada musim pilihan raya sahaja kerana beliau malu untuk duduk di negara ini dan beliau juga malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Jika mengaku malu sebagai rakyat negara ini adakah beliau tidak malu untuk bertanding sebagai wakil rakyat di negara ini, ini lah perangai orang yang telah mengaut kekayaan buat dirinya dari hasil negara tetapi malu untuk mengaku sebagai rakyat negara ini.

Elok juga beliau tidak mengaku sebagai rakyat negara ini, kerana negara juga malu mempunyai rakyat yang serupa dengan Mukhriz, oleh adakah selayaknya untuk membenarkan orang yang khianat kepada negara untuk diambil menjadi calun wakil rakyat.

Mukhriz anak kepada Mahathir yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), baru-baru ini dikatakan telah mengaku malu sebagai rakyat Malaysia sebaliknya berbangga dan mengaku dirinya adalah rakyat Brunei.

Rakyat seharusnya sedar bahawa Mukhriz sebenarnya tidak layak untuk dipilih menjadi wakil rakyat kerana beliau sendiri sudah pasti tidak akan mengambil berat terhadap nasib mereka yang memilih beliau, sedang negara yang pernah memberi kekayan kepada dirinya pun sanggup dilupa dan malu mengaku dirinya berasal dari negara ini apa lah sangat dengan pengundi.

Jadi adalah patut jika Mukhriz di boo ketika menghadiri satu program di Kedah, beginikah manusia yang mahu membela negara dan rakyatnya sedangkan beliau sendiri tidak bersemangat patriot membina nama baik negara.

Rakyat Malaysia keseluruhannya harus menolak Mukhriz dari pesada politik tanah air dan tidak perlu memilih beliau sebagai calon wakil rakyat, lagi pun beliau sudah cukup kaya sahingga tujuh keturunan dan pasti beliau lebih sayangkan hartanya dari membantu rakyat.

Jelaslah disini bahawa Mukhriz gagal memahami kehidupan dan sosio budaya rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah, kerana beliau bukan orang Melayu Malaysia, tetapi orang Melayu Brunei.

Kepada rakyat Malaysia adalah dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan janji-janji Mukhriz yang kononnya mahu membela rakyat dan menyelamatkan Malaysia, persoalan yang perlu dijawab oleh Mukhriz adalah mahu selamatkan Malaysia dari bencana apa? atau mahu selamatkan kekayaan Malaysia untuk di bolot oleh keluarga dan kroninya sahaja.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan