Mampukah Mahahtir Berubah Sedangkan Dirinya Di Pancu Oleh Orang Lain

Mungkin di khalayak ramai pakatan pembangkang menunjukkan seolah mereka memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mahathir sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya, namun hakikatnya di belakang tabir mereka ketawa sama sendiri melihat gelagat dan telatah orang yang pernah di gelar ditaktor dan Mahafiraun serta Mahazalim.

Jika dahulu beliau mempersendakan keluarga Anwar Ibrahim kerana terpaksa menjaja air mata dan air liur dan membawa keluarga untuk terlibat dengan palbagai himpunan haram dan ceramah mendesak Mahathir meletak jawatan sahingga terbinanya kumpulan reformasi.

Pernah kumpulan Anwar dihina dan diperkatakan sebagai mengikut telunjuk dari barat apabila mereka meminta bantuan dan menyembah diri kepada kuasa asing semata mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta mahu menjatuhkan Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Malah Mahathir turut mempersenda dan menyindir penyokong gerakkan reformasi yang berhimpun secara haram untuk berdemo sebagai 'beruk' dan tidak bertemadun.

Namun apa yang berlaku kepada Anwar dahulu, puak pembangkang yang diketuai oleh DAP telah mengulangi sekali lagi dan pada kali ini mangsa mereka adalah Mahathir yang mereka guna untuk menjahanamkan orang Melayu yang masih tuli atas nama Selamatkan Malaysia dan puak pembangkang sudah boleh lena dengan kerja dunggu puak penyokong Mahathir yang mudah lupa.

Hari ini Mahathir seperti di perbodohkan oleh pemimpin pembangkang yang kononnya di pimpin oleh Mahathir tetapi hakikatnya terdapat beberapa pemimpin lama didalam pembangkang yang lebih diyakini, namun diatas kelupaan Mahathir mereka membiarkan sahaja Mahathir yang sedang seronok bermain dengan labunya.

Mahathir seperti terlupa bahawa untuk dipilih menjadi Perdana Menteri bagi pembangkang beliau harus melepasi pemilihan dari beberapa pemimpin pembangkang yang lebih lama didalam pakatan pembangkang, Mahathir sedar akan hal ini, namun untuk memberi keyakinan palsu kepada penyokongnya, beliau seperti tidak bijak lagi membaca plan rancangan puak pembangkang.

Mahathir hanya menggulakan penyokongnya yang sangat taksub, sahingga menjadi tuli bahawa untuk menjadi Perdana Menteri didalam parti pembangkang perkara utama yang perlu ada ialah parti Mahathir perlu memenangi banyak kerusi dan mengatasi kerusi yang dimenangi oleh rakan pembangkang yang lain.

Persoalannya ialah mampukah parti Mahathir memenangi kesemua kerusi yang mereka pertandingkan ia itu sebanyak 52 kerusi bagi parlimen, bagaimana jika parti Mahathir hanya memenangi 3 kerusi atas ketaksubpan penyokong lama mereka, bolehkan rakan pakatan pembangkang menerima cadangan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Namun jika benar Mahathir menjadi Perdana Menteri buat sekian kalinya, maka rakyat harus bersedia untuk melalui atau mengulangi semula apa yang pernah mereka rasai ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 tahun dahulu, maka rakyat juga harus bersedia untuk menerima petaka himpunan haram yang saban hari bakal di adakan.

Rakyat juga harus berkeyakinan bahawa yang akan menguruskan negara pada ketika itu nanti adalah benar-benar Mahathir walaupun ketika Mahathir bernafas mengunakan tiub oksigen.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan