Rayuan Mahathir

"Sebelum permergian ku ke ramahtulah, saya tidak ingin melihat negara yang saya bina selama 22 tahun sudah dihancurkan oleh Najib (orang yang saya angkatnya menjadi PM kerana membalas budi ayahnya Tun Razak".

Ini adalah rayuan Mahathir dan mungkin rayuan terakhir setelah rayuan Selamatkan Malaysia dan rayuan sebelumnya tidak memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya cuma mereka yang taksub tak terhingga sahaja yang melihat Mahathir adalah segalanya dan mungkin sebagai dewa di Malaysia.

Mahathir kah yang menaikkan Najib? ini persoalan yang perlu di fahami oleh rakyat, jika dari darah UMNO mungkin di zaman kepimpinannya Najib telah disusun agar boleh meniti ke tahta no 1 negara apabila tiba masanya nanti dan sudah pasti banyak perbelanjaannya sedangkan kita tahu Mahathir sering melaungkan kata-kata hapuskan politik wang dalam parti, adakah dengan dakwaan bahawa beliau yang menentukan Najib menjadi Perdana Menteri tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

Adakah Mahathir mahu membuat pengakuan bahawa bukan sedikit perbelanjaan untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia atau mahukah Mahatir berkata bahawa menjamu tetamu makan pada musim pemilihan parti adalah menjadi satu kesalahan dalam parti UMNO tetapi menaja sesaorang untuk menjadi Perdana Menteri tidak salah di dalam UMNO.

Bagaimana dengan Anwar? adakah Mahathir juga yang mencaturnya dari mula sahingga Anwar berada didalam penjara Sungai Buluh atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada awal 1999 dahulu? bagaimana pula dengan Tun Musa Hitam, bagaimana dengan Zahid Hamidi, Hisyamuddin Tun Hussien adakah mereka juga di catur oleh Mahathir untuk mereka berada ditahap seperti mana hari ini.

Bagaimana pula dengan Muhyiddin yang kini menjadi Presiden atas nama jawatan yang tiada kuasa penentu didalam parti yang dikuasai oleh Mahathir adakah ianya di caturkan juga oleh Mahathir, jika benar maka betulah tindakkan UMNO memecat Muhyiddin kerana suka mendengar hasutan orang dari memberi kesetiaan kepada UMNO.

Maka benarlah Anwar di pecat dan di sumbatkan ke dalam penjara kerana kehendak Mahathir, jika benar dakwaan Mahathir bahawa dia yang mengangkat Najib sahingga menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan bukan kerana Ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang memberi undi kepada UMNO.

Ketika Najib menjadi Menteri Besar Pahang sekitar tahun 1986, Mahathir telah membawa Najib menjadi ahli kabinetnya ini bermakna bahawa najib juga mempunyai aura kepimpinan, jika tidak masakan Mahathir mempelawa Najib untuk membantu Mahathir sebagai anggota kabinet.

Dalam percaturan pertubuhan baik besar atau kecil sudah pasti Presiden akan melantik mereka yang boleh bekerja dengan Presiden, jadi perlantikkan Najib kedalam kabinet Mahathir membutikan bahawa Najib boleh bekerja, jika tidak masakan beliau mampu bertahan sahingga ketahap ini.

Soal menentukan masa depan Najib bukanlah Mahathir yang menentu atau menyusunnya, tetapi kerana kebolehan Najib menjadikan Mahathir terpaksa menerima hakikat bahawa Dato' Seri Najib adalah pemimpin yang terpilih diantara pemimpin dan Allah merestui Najib untuk memimpin Malaysia, jika pentaksub boleh mengatakan Mahathir adalah pemberian Allah kepada rakyat Malaysia mengapa tidak kepada Najib bukankah kesemuanya adalah ketentuan Allah.

Tetapi hari ini Mahathir dan pentaksub menyebut bahawa Mahathir lah yang telah membina kerjaya dan menaikkan Najib, Mahathir dahulu juga telah di hidupkan semula oleh Tun Razak, jika tidak mungkin menjadi Dr di kliniknya sahaja, tidakkah ini sudah menjadi ketentuan Allah, Mahathir tidak perlu bangga diri kerana boleh menentukan itu ini.

Jika Mahathir yang boleh menentukan itu ini, mengapa sahingga hari ini beliau masih belum berjaya menawan Najib dan seluruh Ahli UMNO, jadi ini memberi makna bahawa Mahathir bukanlah segalanya di Malaysia ini, cuma Mahathir telah diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti mana Dato' Seri Najib.

Adakah keujudan parti Semangat 46 adalah diatas kehendak Mahathir? sudah pasti Mahathir akan berkata tidak, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa keujudan parti Semangat 46 adalah bersebabkan Mahathir, begitu juga dengan parti Keadilan rakyat adakah ianya tidak berkaitan dengan kehendak Mahahtir?, bagaimana pula dengan parti bunga?.

Jika Mahathir mendakwa bahawa beliaulah yang membawa dan membina Najib untuk menjadi Perdana Menteri di Malaysia ini memberi makna bahawa Mahathir gagal mengawal Najib yang rupanya lebih bijak dari Mahathir maka selayaknya Najib menjadi Perdana Menteri dan membuktikan bahawa di Malaysia ini ramai lagi orang bijak dan pandai dan boleh menjadi Perdana Menteri selain Mahathir.

Tekad Mahathir mahu menjatuhkan Najib atas alasan mahu menebus kesilapannya adalah satu permainan membeli jiwa untuk meraih simpati bila mana Mahathir sedar bahawa terlalu sukar untuk menjatuhkan Najib dengan sebarang skandal, kerana Najib masih lagi bersih dari sebarang skndal kecuali dari finah yang di cipta oleh Mahathir yang begitu sakit hati dengan kejayaan demi kejayaan yang di bawa untuk rakyat dan bumi Malaysia.

Selagi Najib membawa kemajuan untuk negara sudah pasti dirinya disayangi oleh rakyat, menangis air mata darah sekali pun belum tentu Mahathir boleh menarik keyakinan rakyat untuk bersamanya menjatuhkan Najib kecuali yang taksub membuta tuli yang tidak dapat melihat dengan akal budi dan mata hati.

Jika Mahathir terpejam mata sebelum sempat menjatuhkan Najib itu sudah ketentuan Allah yang tidak mahu Mahathir mendahului ketentuan Allah.

Rakyat hari ini telah merasai kesejahteraan dan maju dibawah kepimpinan Najib, tidak perlu menunggu Mahathir pejam mata, sekarang ini pun Mahathir telah memejamkan mata untuk melihat kejayaan Najib kerana perasaan dengki dan cemburunya dengan kebolehan Dato' Seri Najib.

Selogan bangkit dan jatuhkan Barisan Nasional adalah slogan lama yang berpuluh tahun telah diguna pakai oleh puak pembangkang yang sahingga hari ini rakyat telah bangkit dan memberi keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional bukan kepada pembangkang.

Mahathir sekadar mengulang ungkapan pemimpin pembangkang yang pernah di tujukan kepada Mahathir sewaktu beliau menjadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional, hati Mahathir menjadi terlalu busuk kerana ulat dendamnya kepada Najib tidak tercapai, mungkin sahingga Mahathir memejamkan mata yang saatnya semakin hampir tiba.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan