Muhyiddin Melatah Lagi

Mungkin mula terasa bahangnya apabila anak buah tidak mahu mendengar kata dan mula banyak bertanya maka Presiden parti bunga raya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengabil tindakan tegas terhadap ahli parti yang melanggar peraturan dan memburukkan pemimpin parti.

Ini juga termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang melanggar peraturan parti, ini lah yang mereka rasakan, tetapi mungkin mereka terlupa bahawa pada suatu ketika dahulu mereka yang sama juga telah membuat onar dengan bercakap perkara yang bukan sahaja tidak benar malah turut menyampaikan perkara fitnah kepada bekas pemimpin mereka.

Mereka juga mendakwa bahawa telah di aniaya oleh bekas pemimpin UMNO yang pernah mereka menjadi pemimpin dahulu, kini bila terkena pada batang tubuh mereka pandai pula mereka membuat keputusan untuk mendakwa ahli parti yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Jika dahulu mereka sering membangkitkan bahawa Presiden UMNO terlalu kebal dengan teguran, bukan sekadar itu malah dituduhnya pula bahawa ahli UMNO terlalu taksub kepada pemimpin mereka sahingga setiap kesalahan yang di nyatakan tidak di terima.

Mereka ini juga dengan lantang berkata bahawa mereka akan bertindak adil dan membenarkan ahli akar umbi untuk bersuara menegur kepimpinan tanpa di kenakan sebarang tindakan kononnya mahu menunjukkan bahawa mereka adalah pemimpin yang telus menjalankan amanah ahli parti.

Ianya berbeza ketika mereka di pecat dari parti UMNO dahulu, dimana mereka jelajah keliling kampong menyebarkan cerita bahawa kepimpin UMNO terlalu kebal sahingga ahli tidak boleh menegur, sedangkan perkara sebenar bukan teguran tetapi sering menjaja cerita palsu bagi mendapat simpati ahli agar mempercayai cerita rekaan mereka.

Sahingga kini mereka yang menuduh Dato' Seri Najib terlibat dengan salah guna kuasa dan menyonglap duit rakyat masih gagal mengemukakan bukti malah masih gagal membawa perkara tersebut ke mahkamah, tetapi sebaliknya menyatakan bahawa Dato' Seri Najib adalah kebal dari undang-undang.

Seperti meludah kelangit gelagat Muhyiddin kini, ketika dipecat alasan yang diberi adalah kepimpinan UMNO menyekat suara akar umbi, kini terasa bahangnya bila akar umbi parti bunga mula mempertikaikan kepimpinan parti bunga pimpinan Muhyiddin.

Malah melatahnya lebih teruk jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan