Ada sebarang perkongsian maklumat dan lontaran idea sila hubungi editor melalui email

SALAM KEMERDEKAAN

 

 

Malaysia Kemuka Syor Perangi Jenayah Rentas Sempadan

Manila - Malaysia mengemukakan empat cadangan memerangi pengganas jenayah rentas sempadan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE).
 

Optimum Penggunaan Aset Kereta Api

Putrajaya - Kementerian Pengangkutan mahu aset dan infrastruktur dimiliki Perbadanan Aset Keretapi (RAC) digunakan secara optimum memandangkan kekerapan penggunaannya pada ketika ini hanya pada kadar 40 peratus.
 

Malaysia Bukan Di Bawah Pengaruh China

Kuala Lumpur - Peningkatan kerjasama ekonomi, pelaburan dan keselamatan dengan China, tidak seharusnya dilihat sebagai petunjuk yang Malaysia berada di bawah pengaruh negara kuasa besar itu, tegas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
 

Kesamarataan Ekonomi Mantapkan Malaysia

Sibu - Malaysia mampu menjadi negara yang lebih kuat jika wujudnya kesamarataan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
 

Malaysia Bukan Negara Peminta Sedekah

Kota Kinabalu - Malaysia bukan negara peminta sedekah yang melutut kepada negara asing, sebaliknya dihormati dan dilihat oleh pemimpin dunia sebagai sebuah negara berjaya, kata Datuk Seri Najib Razak.
 

Syor RCI Pondok Pak Ya Diteliti

Kuala Lumpur - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi semalam akan meneliti semua syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Keselamatan Sekolah Agama yang ditubuhkan selepas tragedi di Yan, Kedah pada 1989.
 

Najib Bertemu Theresa May

London - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Theresa May di 10 Downing Street di sini, hari ini.
 

Hasil Lawatan Ke Amerika Syarikat

Alhamdulillah, lawatan saya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump kali ini pada amatan saya, berjaya mengukuhkan lagi Comprehensive Partnership yang telah terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada 2014.
 

Dakwaan Pelaburan KWSP Hanya Untungkan AS Tak Benar

Washington DC - Datuk Seri Najib Razak berkata putar belit pembangkang kononnya pelaburan besar syarikat berkaitan kerajaan dan agensi Malaysia di sini hanya menguntungkan Amerika Syarikat (AS), adalah tidak benar.
 

Najib-Trump Sepakat Desak Yangon Hentikan Keganasan Terhadap Rohingya

Washington DC - Malaysia dan Amerika Syarikat mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap kaum Rohingya dan membenarkan bantuan sampai kepada mangsa.
 

'Jangan Percaya Dakyah Isu 1MDB'

Washington DC - Datuk Seri Najib Razak memberitahu kapten industri Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN di sini bahawa ada kempen sengaja mensabotaj 1MDB untuk menjejaskan ekonomi Malaysia.
 

Trump Puji Pendirian Najib Perangi Keganasan

Washington DC - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung peranan signifikan beliau dalam memerangi keganasan.
 

Malaysia Bantu Perkukuh Ekonomi AS

Washington DC - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS).
 

Musang King Pencuci Mulut Di Washington

Washington DC - Durian Musang King menjadi antara sajian pencuci mulut dalam majlis makan malam rakyat Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.
 

Jentera BN Kena Berani Jawab Tohmahan

Kuala Lumpur - Jentera Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO disyor mengambil langkah proaktif menangani ketakutan menjawab fitnah yang dilemparkan kepada kepemimpinan parti di media sosial.
 

Syarikat Multinasional Perlu Bantu Syarikat Tempatan

Kuala Lumpur - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu syarikat multinasional yang mempunyai kaitan dengan pemasaran produk halal membuka pintu kerjasama dengan syarikat tempatan bagi membantu syarikat kecil itu mengeluarkan produk sendiri, sekali gus berupaya bersaing di peringkat global.
 

Rekod Demokrasi, Kebebasan Bersuara Malaysia Kukuh

Pada 31 Ogos, Malaysia melakar sejarah meraikan sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan dan disusuli dengan rekod pungutan pingat temasya Sukan SEA. Kita juga meraikan enam dekad demokrasi Malaysia yang stabil dan wujudnya sebuah masyarakat yang bebas.
 

Malaysia Dipandang Tinggi Oleh AS

Kuala Lumpur - Malaysia dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan dagang serta politik di rantau Asia Tenggara, kata Datuk Seri Najib Razak.
 

Jadual Padat Menanti Perdana Menteri Di AS

Washington DC - Selain bertemu Presiden Donald Trump dalam lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) kali ini, Datuk Seri Najib Razak mempunyai jadual padat termasuk menemui pemimpin korporat, pemikir dan ahli akademik.
 

Lawatan Najib Ke AS Beri Kesan Positif

Washington DC - Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) bermula esok perlu dilihat secara positif khususnya dalam memperkukuhkan lagi perkongsian strategik Malaysia-AS.