Sultan Nazrin, Tuanku Zara Hadir Final Pidato Diraja

Ipoh - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri Pertandingan Akhir Pidato Diraja dan Menulis Esei di Auditorium RTM, Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, sebentar tadi.

Pertandingan berkenaan diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak.

Ketibaan baginda berdua pada jam 8.30 malam disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak oleh kumpulan koir Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, disusuli bacaan ayat suci al-Quran oleh johan Tilawah al-Quran Sekolah Rendah peringkat negeri, Mohd Shadrul Idham Sabeli.

Seramai enam peserta mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan, masing-masing tiga peserta bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan