Walau Terima Bantuan, DAP Masih Menghasut

Ketika Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sibuk menerima bantuan daripada PM Najib Razak dan kerajaan BN untuk mangsa-mangsa banjir, ada puak DAP dan Pakatan masih menghasut kebencian.

Mereka menyebarkan pelbagai mesej melalui laman media sosial menfitnah Najib dan BN yang kononnya sengaja enggan menolong mangsa banjir sehinggalah Guan Eng meminta pertolongan. Mereka juga mendakwa Najib tidak memberi bantuan yang secukupnya.

Walhal satu negara tahu Najib, TPM Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein membuat tinjauan serta menziarahi mangsa.

Semalam Najib umumkan peruntukan RM1 bilion untuk projek atasi banjir tidak termasuk RM150 juta bantuan serta merta. Isteri PM, Rosmah Mansor turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir RM50,000 dan RM60,000 kepada MKN P. Pinang.

Sebenarnya penyokong Pakatan marah rakyat memuji Najib atas sikap matangnya dalam menangani bencana yang berlaku di negeri pembangkang.

Inilah Pakatan sebenarnya - perangai jahat hanya pandai mengadu-domba. Sudah menghadapi bencana sebegini pun masih tidak berubah.

#TolakPakatanPRU14 #BanjirPulauPinang #RespectmyPM #Pray4Penang

Post Metro Online

Artikel Berkaitan