Guan Eng Terus Membisu

Georgetown - Ketua Menteri, Lim Guan Eng, terus mendiamkan diri daripada menjawab persoalan berhubung desakan supaya beliau membuat permohonan maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu Sabtu lalu, yang menganggap tindakan agensi itu sebelum ini menahan EXCO kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram'.

"Saya akan mengemukakan kenyataan bila masanya tiba," katanya ringkas ketika ditemui media di sini, hari ini.

Semalam, SPRM menegaskan akan menentukan sama ada tindakan undang-undang ke atas Guan Eng diambil secara tindakan sivil atau jenayah, pada 4 September ini.

Ia susulan tempoh 48 jam yang diberi pada 25 Ogos lalu, meminta Guan Eng memohon maaf kerana menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai 'penahanan haram' tamat tanpa maklum balas.

Sabtu lalu, SPRM menegaskan permohonan maaf Guan Eng perlu dilakukan secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan