SPAD Menyiasat Ekpress SeniBudaya (M) Sdn.Bhd. Dan Pemandu

Pemandu bas ekspres yang didakwa telah menyerang seorang penumpang serta pengendali yang berkaitan, Ekspress Senibudaya (M) Sdn Bhd, akan dipanggil untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok (30

Ogos 2017). Syarikat bas juga akan diminta untuk merakamkan kenyataan rasmi dengan SPAD esok.

Di dalam kejadian pada Ahad lepas (27 Ogos), seorang penumpang di dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru, mendakwa beliau telah dipukul oleh pemandu bas kerana laporan yang telah dibuat oleh penumpang terhadap pemandu yang telah tertidur di dalam bas.

Berikutan aduan rasmi yang diterima daripada mangsa, satu sesi temuramah telah diadakan di pejabat SPAD Johor Bahru pada hari ini. Bergantung kepada hasil siasatan, SPAD akan mengenakan tindakan perundangan terhadap pemandu, dan akan menggambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali termasuk tindakan undang-undang dengan denda sehingga RM500,000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan/atau tindakan pentadbiran yang mungkin melibatkan penggantungan atau pembatalan lesen.

Sungguhpun SPAD maklum bahawa pengendali terbabit telah mengambil tindakan serta merta untuk menggantung pemandu terlibat, Suruhanjaya masih kesal terhadap kejadian tersebut. SPAD ingin mengingatkan para pengendali dan pemandu bas untuk mengutamakan kebajikan dan keselamatan penumpang pada setiap masa.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan