Jauhkan Diri Dari Ketaksubban

Apabila sesaorang itu menuduh sesaorang itu sebagai pencuri atau penyamun sudah pasti orang itu perlu menghadirkan bukti sebagai pengesahan kepada apa yang dituduhnya dan bukan menjadi beban kepada yang dituduh untuk menafikannya dengan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak semata mahu menidakkan tuduhan tanpa ada bukti itu.

Kerana kita kini kita sedar bahawa kos untuk menyediakan peguam bukannya murah, apa tah lagi jika ianya melibatkan kes yang berprofil tinggi, jadi untuk memudahkan bicara, penuduh perlulah menghadirkan bukti dan dengan itu, maka yang dituduh pasti akan berusaha untuk menidakkan tuduhan itu dengan melantik peguam.

Tetapi didalam isu pelbagai tuduhan Mahathir terhadap Dato' Seri Najib, temasuk tuduhan mahu menjual negara, mencuri, menyamun dan sebagainya tidak lebih sekadar mahu mencari populariti, malah turut mencabar orang yang dituduh untuk menyamannya atas nama berani kerana benar.

Tetapi sahingga kini Mahathir tidak pernah menyaman Anwar Ibrahim atas semua tuduhan yang pernah dilemparkan, malah Anwar juga turut mencabar Mahahtir untuk menyaman dirinya jika segala tuduhan itu tidak benar, tetapi alasan yang telah diberikan oleh Mahathir ialah dirinya tida wang untuk menyediakan peguam kerana kosnya terlalu mahal.

Tetapi satu permainan yang agak ganjil tetapi tidak pelik berlaku bila mana Mahahtir mahu bekerjasa sama dengan orang yang pernah menuduhnya dengan bermacam tuduhan malah turut bersekongkol dengan penyokong Anwar untuk membebaskan Anwar yang kini sedang ditahan didalam penjara kerana kesalahan jenayah liwat.

Jika dilihat kembali kepada rakaman video yang banyak di rakamkan di era reformasi, Mahathir bukan sahaja tidak menafikan tuduhan Anwar malahan turut memperakui bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin didalam negara ini.

Hari ini Mahathir boleh bersetuju agar Anwar boleh dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau tiada halangan jika perkara itu berlaku, memberi gambaran bahawa Mahathir sudah boleh menerima seorang yang rendah akhalaknya sepertimana tuduhannya dahulu untuk menjadi pemimpin di negara ini.

Ini berkemungkinan kerana Mahathir dapat melihat bahawa Anwar telah berjaya memimpin kumpulan penyokongnya dan berjaya mengerakkan kumpulan reformasi yang hampir-hampir berjaya melumpuhkan kerajaan Mahathir satu ketika dahulu, dan ketakutan itu menjelma kembali bila beliau kini menyertai pakatan pembangkang yang berkiblatkan Anwar.

Menyedari bahawa dirinya tidak akan ke mana, maka menyetujui dengan desakan bahawa Anwar harus dilantik menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya perlulah disokongnya dan sanggup menerima cemuhan rakyat seperti mana yang tersurat hari ini, tetapi perkara yang tersirat yang tidak di sedari ialah ketakutan Mahathir jika benar Anwar menjadi Perdana Menteri.

Ketakutannya ialah adakah Anwar akan meneruskan niatnya dan menunaikan janji-janjinya untuk mengheret Mahathir ke muka pengadilan bagi mendakwa Mahathir, di atas segala salah laku yang pernah di dakwa oleh Anwar ketika di pecat dari UMNO dan kerajaan oleh Mahathir atau Mahathir sedang berharap dengan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri maka Anwar akan melupakan janjinya untuk mengheret Mahathir kemuka pengadilan.

Sementara bagi Dato' Seri Najib, beliau bertindak bijak bila mengabaikan segala tuduhan yang dibuat oleh Mahathir sama seperti mana ketika Mahathir mengabaikan tuduhan Anwar, Najib tidak mahu membazirkan wangnya hanya semata mahu melayan tuduhan tanpa asas dan tidak mengharapkan balasan pahala terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepada dirinya, jika ada pahala dari Allah S.W.T diucapkan syukur Alhamdullilah.

Tetapi Mahathir di usia penghujungnya bertimbun dengan segala dosa fitnah, maki hamun dan segala tomahan yang tidak berasas semata mahu menyenangkan hati anak beranak dan kroni.

Mahathir seperti tidak merasa janggal bila berada didalam kelompok parti yang ditubuhkan semata mahu menjahanamkan kerajaannya dahulu tetapi merasa bangga bila dapat bersama dengan kelompok ini untuk turut sama menjatuhkan kerajaan yang beliau pernah katakan sebagai kerajaan yang berjaya membina dan membangunkan rakyatnya.

Malu dengan kejayaan Najib membangunkan negara dan rakyat dapat merasakan serba sedikit kemajuannya maka belaiu membidas kononnya beliau tidak mampu untuk memberi setiap imbuhan untuk setiap rakyat tetapi sekadar mampu memberikan kepada seorang dua sahaja.

Berbeza dengan kepimpinan Dato' Seri Najib yang banyak memberi keuntungan kepada rakyat dan bukan kepada seorang dua rakan-rakannya, menjadikan Najib sebagai sasaran untuk di jatuhkan agar segala kepincangan kepimpinan Mahathir tidak lagi terdedah satu persatu.

Ini adalah perkara tersurat yang dirancang untuk mengaburi mata sahaja bukan perkara tersirat yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala rakyat yang tidak memahami permainan politik kotor Mahathir, tetapi gerak tersembunyi Mahathir ini dapat dibaca dengan mudah oleh pemimpin dan pemerhati yang telah biasa bergelumang dengan politik.

Diharapkan Mahathir dapat menghadirkan bukti bahawa segala tuduhan yang dilemparkan kepada Dato' Seri Najib itu bukan fitnah dan hayalannya, agar keadilan dapat di terjemahkan dengan sebenarnya walaupun keadilan hakiki adalah milik Allah, tetapi jika Mahathir dapat menzahirkan bukti sudah pasti rakyat lebih menyanjungi Mahathir, jika tidak jadi lah Mahathir sebagai manusia fiiraun pembawa fitnah.

Sebagai manusia berakal sudah pastinya mereka tidak mahu di patuk ular yang sama dilubang yang sama sebanyak dua kali, jika dahulu mereka mempertahankan Mahathir dari serangan Anwar (jika Anwar tidak mengheret Mahathir ke mahkamah bermakna Anwar telah menfitnah Mahathir).

Tetapi hari ini mereka tidak mahu lagi mempertahankan Mahathir kerana mereka telah belajar dari sejarah Anwar terhadap Mahathir, Jika Anwar tidak mengheret Mahathir ke mahkamah bermakna Anwar telah menfitnah Mahathir, begitu juga jika Mahathir tidak membuktikan tuduhan terhadap Najib bermakna Mahathir juga seorang pendusta dan pembawa fitnah.

Post Metro Online

Artikel Berkaitan